Connect with us

Terkini

9 daripada 10 individu percaya Dasar Gaji Progresif akan gagal – Rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari bahawa segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.

Wartawan TMT

Published

on

9 daripada 10 individu percaya Dasar Gaji Progresif akan gagal - Rafizi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.
  • Begitu pun, Rafizi berharap kakitangan Kementerian Ekonomi percaya kepada usaha itu, yang dibawa Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu gaji dalam negara dapat diselesaikan.
  • “Secara konsepnya, ia (Dasar Gaji Progresif) satu perkara yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana pentadbiran sebelum ini. Saya tahu dalam satu bilik (yang mempunyai) 10 orang dan bila saya tanya, sembilan orang kata ini tak akan jadi… ini akan gagal dan akan ada macam-macam sinikal.”
  • “Jadi fokus kita adalah untuk bergerak ke depan satu langkah ke satu langkah. Perkara-perkara besar (yang akan) mengubah masyarakat dan ekonomi, tidak pernah berlaku dengan satu hari atau satu keputusan, ia terus jadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi, di sini pada Selasa.
  • Dasar Gaji Progresif dijangka dibentangkan buat kali pertama pada Ogos ini kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari bahawa segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Begitu pun, Rafizi berharap kakitangan Kementerian Ekonomi percaya kepada usaha itu, yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu gaji dalam negara dapat diselesaikan.

“Secara konsepnya, ia (Dasar Gaji Progresif) satu perkara yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana pentadbiran sebelum ini. Saya tahu dalam satu bilik (yang mempunyai) 10 orang dan bila saya tanya, sembilan orang kata ini tak akan jadi… ini akan gagal dan akan ada macam-macam sinikal.

“Saya selalu sebut bahawa dalam politik dan pentadbiran, mentadbir sesuatu bukan sahaja negara, (tetapi juga) pentadbiran organisasi, dia macam main ‘American football’.

“Jadi fokus kita adalah untuk bergerak ke depan satu langkah ke satu langkah. Perkara-perkara besar (yang akan) mengubah masyarakat dan ekonomi, tidak pernah berlaku dengan satu hari atau satu keputusan, ia terus jadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi, di sini pada Selasa.

Berucap lanjut, Rafizi berkata Malaysia dilihat ketinggalan berbanding ekonomi-ekonomi lain kerana banyak hasil tidak dijana kembali kepada para pekerja.

Beliau menambah, pentadbiran-pentadbiran sebelum ini didakwa mengambil pendirian bahawa Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilakukan, dan membiarkan ‘ia berlaku dengan sendiri’.

“Sekarang kita dah tahu bahawa ia tak berlaku dengan sendiri dan memerlukan dasar kerajaan yang membimbing, tempat, serta insentif yang kita perlu pastikan beberapa peraturan mengenai gaji mesti dipatuhi,” katanya lagi.

Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu yakin kertas dasar yang sedang disediakan oleh kementerian itu mampu mengubah sistem gaji sedia ada negara.

Ujarnya lagi, sebaik sahaja kertas dasar tersebut siap, Kementerian Ekonomi akan mendapatkan pandangan daripada kementerian dan agensi lain sebelum ia diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Dasar Gaji Progresif dijangka dibentangkan buat kali pertama pada Ogos ini kepada MTEN.

Sumber: Astro Awani

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending