Connect with us

Terkini

Wanita didenda RM2,000 palsu maklumat ibu kandung pendaftaran kelahiran anak

Wanita pekerja ladang kelapa sawit didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu berkaitan ibu kandung semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran 22 tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita didenda RM2,000 palsu maklumat ibu kandung pendaftaran kelahiran anak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Wanita pekerja ladang kelapa sawit didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu berkaitan ibu kandung semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran 22 tahun lalu.
  • Hukuman itu diputuskan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap Norliza Sahari, selepas menerima pengakuannya, meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.
  • Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.

Melaka: Wanita pekerja ladang kelapa sawit didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu berkaitan ibu kandung semasa membuat permohonan pendaftaran kelahiran 22 tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap Norliza Sahari, 39, selepas menerima pengakuannya, meneliti fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan Norliza didakwa mendaftarkan kelahiran Muhammad Faizul Hakimie dengan mengisi maklumat kad pengenalan atas nama Diana Mohamed sebagai ibu kandung di dalam borang permohonan pendaftaran kelahiran (JPN.LM01).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka pada 9 Julai 2001, 9.56 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(b) Akta Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

Mengikut fakta, hasil siasatan JPN Bentong mendapati tertuduh mengaku secara lisan bahawa penama Muhammad Faizul Hakimie adalah anak saudaranya dan bukan anak kandung Diana yang dinyatakan dalam borang permohonan (JPN.LM01) Nombor Daftar Kelahiran AW54721.

Perbuatan itu terbongkar ketika Muhammad Faizul Hakimie hadir ke JPN Bentong, Pahang untuk membuat kad pengenalan pertama tanpa kehadiran ibunya pada 2021.

Hasil siasatan JPN, Diana Mohamed mengesahkan dia tidak mempunyai anak dan membuat laporan polis mengenai butiran kad pengenalannya digunakan orang lain.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JPN Zukarnain Ahmad dan Mat Razali Samsuddin memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Tertuduh dari Triang, Pahang yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending