Connect with us

Terkini

UTeM tidak terburu-buru terima etnik Rohingya

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak terburu-buru untuk membuat keputusan menerima etnik Rohingya yang berminat mengikuti kursus di universiti berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

UTeM tidak terburu-buru terima etnik Rohingya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak terburu-buru untuk membuat keputusan menerima etnik Rohingya yang berminat mengikuti kursus di universiti berkenaan.
  • Sebaliknya, Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin, berkata pihaknya mengutamakan soal keselamatan serta keselesaan penuntut sedia ada, selain kegusaran ibu bapa mereka.
  • Bagaimanapun, beliau berkata, setiap penuntut yang memohon perlulah mempunyai kelayakan selain mematuhi semua syarat dan undang-undang yang ditetapkan pihak universiti.
  • “UTeM juga akan mengambil kira pandangan ibu bapa penuntut sedia ada di universiti berkenaan, sama ada sesuai atau tidak untuk menerima kemasukan penuntut daripada etnik terbabit.
  • “Apa yang penting, kami tetap memberikan perhatian terhadap kelayakan serta kapasiti universiti sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024 di Kampus Induk UTeM di sini, semalam.

Durian Tunggal: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tidak terburu-buru untuk membuat keputusan menerima etnik Rohingya yang berminat mengikuti kursus di universiti berkenaan.

Sebaliknya, Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin, berkata pihaknya mengutamakan soal keselamatan serta keselesaan penuntut sedia ada, selain kegusaran ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, beliau berkata, setiap penuntut yang memohon perlulah mempunyai kelayakan selain mematuhi semua syarat dan undang-undang yang ditetapkan pihak universiti.

“UTeM juga akan mengambil kira pandangan ibu bapa penuntut sedia ada di universiti berkenaan, sama ada sesuai atau tidak untuk menerima kemasukan penuntut daripada etnik terbabit.

“Apa yang penting, kami tetap memberikan perhatian terhadap kelayakan serta kapasiti universiti sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kalau boleh tidak ada isu sensitif berlaku, namun saya menyerahkannya kepada timbalan canselor kami untuk melihat kepada kelayakan, kalau layak kita terima.

“Kita tidak mahu hukum berdasarkan etnik, sebaliknya kita akan memberikan tumpuan lebih kepada soal keselamatan,” katanya.

Advertisement

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024 di Kampus Induk UTeM di sini, disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga Canselor UTeM, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dalam satu kenyataan, semalam dilaporkan berkata, kementerian itu tiada halangan untuk pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan kerana ia tidak akan mengancam kedaulatan negara.

Katanya, isu terbabit tidak timbul kerana Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun, tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.

Sumber: Harian Metro

Author

Advertisement

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending