Connect with us

Terkini

(VIDEO) Usah popularkan trend buang bin/binti dalam sijil lahir anak – PPMM

Tindakan sebilangan ibu bapa tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Hidayah Sani

Published

on

Usah popularkan trend buang bin/binti dalam sijil lahir anak – PPMM
Foto: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.
  • Tindakan sebilangan ibu bapa tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
  • Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, beliau khuatir sekiranya perkara itu diteruskan terdapat kelompok seperti LGBT dan pasangan luar nikah akan mengambil kesempatan terhadapnya.
  • “Saya takut orang akan ambil kesempatan benda ini untuk penyebaran elemen-elemen LGBT semua sebab nama bin dan binti boleh dibuang nanti dia nak tukar jantina dengan mudah dia boleh mengelirukan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Hisham tidak menafikan kesan buruk tindakan itu adalah mengelirukan masyarakat dari segi pengenalan jantina selain melibatkan harta pusaka, faraid dan sebagainya.
  • Saya tak nampak dari segi benefit positifnya tak nampak sangat sebab dia hanya sekadar nama kalau nama kita dah baik bin (atau binti) itu tiada isu pun sebenarnya,” katanya.

KUALA LUMPUR — Tindakan sebilangan ibu bapa tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak dilihat membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki berkata, beliau khuatir sekiranya perkara itu diteruskan terdapat kelompok seperti LGBT dan pasangan luar nikah akan mengambil kesempatan terhadapnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan masyarakat tidak sewajarnya dididik untuk mempopularkan budaya mengetepikan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak.

“Saya takut orang akan ambil kesempatan benda ini untuk penyebaran elemen-elemen LGBT semua sebab nama bin dan binti boleh dibuang nanti dia nak tukar jantina dengan mudah dia boleh mengelirukan.

“Saya takut pihak yang mengambil kesempatan menggunakan benda ini atas dasar liberalisme dan dia punya kefahaman songsang itu.. setakat ini alasan-alasan itu saya tidak nampak lagi tapi kemungkinan orang boleh gunakan.

“Berkenaan anak luar nikah pun merisaukan kalau benda dibudayakan, dibuang penggunaan bin dan binti itu saya risau benda ia akan memberi ruang kepada orang luar nikah ini dia dapat anak dia guna alasan itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sebilangan ibu bapa yang dilihat memilih tidak memasukkan bin atau binti pada sijil lahir atau MyKid anak-anak mereka kerana menganggap ia prosedur merumitkan dan tiada keperluan.

Hisham juga tidak menafikan kesan buruk daripada trend ini adalah mengelirukan masyarakat dari segi pengenalan jantina selain melibatkan harta pusaka, faraid dan sebagainya.

Mengulas alasan pihak tertentu kononnya ia memudahkan urusan di luar negara dan mengelakkan dipanggil ‘Miss binti’ atau sebagainya, Hisham berkata perkara itu tidak menjadi satu masalah kerana penggunaan bin atau binti menunjukkan identiti kita sebagai individu Melayu-Islam.

Saya tak nampak dari segi benefit positifnya tak nampak sangat sebab dia hanya sekadar nama kalau nama kita dah baik bin (atau binti) itu tiada isu pun sebenarnya.

“Semua orang gunakan alasan (urusan) luar negara bukannya semua orang kerja di luar negara so kalau duduk di Malaysia ini buat apa nak terhegeh-hegeh buang nama bin atau binti itu sebab itu adalah identiti kita sendiri sebagai orang Melayu-Islam,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending