Connect with us

Antarabangsa

Undang-undang anti-LGBTQ, AS kenakan sekatan perjalanan ke atas pegawai Uganda

Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekatan perjalanan ke atas pegawai-pegawai Uganda berikutan pemeteraian undang-undang anti-LGBTQ di negara Afrika itu, bulan lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Undang-undang anti-LGBTQ, AS kenakan sekatan perjalanan ke atas pegawai Uganda
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekatan perjalanan ke atas pegawai-pegawai Uganda berikutan pemeteraian undang-undang anti-LGBTQ di negara Afrika itu bulan lalu.
  • Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller pada Jumaat lalu berkata, tindakan AS merupakan tindak balas pelanggaran hak asasi manusia dan korupsi.
  • Dalam kenyataan Matthew itu, tiada informasi lanjut secara spesifik menyebut nama individu yang dikenakan limitasi ditetapkan AS itu.
  • Undang-undang itu dikritik kerana adanya peruntukan hukuman mati bagi “homoseksual melampau” misalnya perlakuan menyebabkan penyebaran HIV melalui hubungan sejenis.

Amerika Syarikat (AS) menetapkan sekatan perjalanan ke atas pegawai-pegawai Uganda berikutan pemeteraian undang-undang anti-LGBTQ di negara Afrika itu, bulan lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller pada Jumaat lalu berkata, tindakan AS merupakan tindak balas kepada pelanggaran hak asasi manusia dan korupsi, lapor Al-Jazeera.

Dalam kenyataan Matthew itu, tiada informasi lanjut secara spesifik menyebut nama individu yang dikenakan limitasi ditetapkan AS itu.

Merujuk kepada Akta Anti-Homoseksual 2023 Uganda, Jabatan Negara AS juga mengemaskini panduan perjalanan yang menyatakan risiko warga AS ke negara itu.

Ia termasuk penyataan risiko individu LGBTQI+ boleh didakwa, dipenjara seumur hidup atau dikenakan hukuman mati mengikut peruntukan undang-undang Uganda.

Homoseksual sememangnya dilarang dari dulu lagi bagi kebanyakan negara konservatif yang menjaga pengamalan agama mereka di kebanyakan agama timur Afrika.

Undang-undang terbaru itu juga mengenakan denda kepada media dan organisasi atau badan bukan kerajaan yang didapati mempromosikan aktiviti LGBTQ.

Undang-undang itu dikritik kerana adanya peruntukan hukuman mati bagi “homoseksual melampau” misalnya perlakuan menyebabkan penyebaran HIV melalui hubungan sejenis.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending