Connect with us

Terkini

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara

Kerajaan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuk menyaman pihak pemberi dana (funder) dan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung kes tuntutan terhadap Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Kerajaan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuk menyaman pihak pemberi dana (funder) dan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung kes tuntutan terhadap Malaysia.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihak berkenaan perlu membayar semula segala kos yang dikeluarkan Malaysia susulan tindakan pihak yang membuat tuntutan itu.
  • Beliau berkata kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiayaan litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.
  • “Walaupun tidak dilihat daripada elemen senjata api, tetapi kepada elemen untuk membankrapkan negara Malaysia dengan award berjumlah AS$15 bilion,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil apa sahaja tindakan untuk mempertahankan kedaulatan negara termasuk menyaman pihak pemberi dana (funder) dan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu berhubung kes tuntutan terhadap Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pihak berkenaan perlu membayar semula segala kos yang dikeluarkan Malaysia susulan tindakan pihak yang membuat tuntutan itu.

Beliau berkata kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiayaan litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

“Kita melihat bahawa ini satu gerakan yang lebih kepada satu elemen untuk membuat duit dan kita tahu litigation funders akan ambil 25 hingga 30 peratus daripada jumlah (tuntutan). Itu sebabnya saya nak ingatkan bahawa ini satu serangan yang serius kepada kedaulatan negara.

“Walaupun tidak dilihat daripada elemen senjata api, tetapi kepada elemen untuk membankrapkan negara Malaysia dengan award berjumlah AS$15 bilion,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

Azalina berkata kerajaan Malaysia akan menentang habis-habisan sebarang gerakan dan tindakan yang dilihat sebagai mengambil kesempatan dan tidak mengikuti prosedur undang-undang dalam aspek antarabangsa.

Beliau berkata kerajaan sudah mengenal pasti pihak pembiaya litigasi itu yang merupakan sebuah syarikat ternama tidak berpangkalan di Asia, dan tindakan selanjutnya sedang diambil berhubung perkara itu.

Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan Paris semalam, Azalina berkata walaupun ia merupakan ‘partial award’ namun ia amat penting memandangkan Hakim Mahkamah Rayuan itu merujuk kepada intipati yang paling penting mengapa Malaysia menentang tuntutan berkenaan.

“Kerajaan Malaysia amat konsisten mengatakan bahawa Perjanjian 1878 tidak ada di timbang tara antarabangsa… Pemberhentian bayaran yang dibuat ialah perhubungan sejarah yang bayaran dibuat sebagai sagu hati.

“Di sini pembayaran yang dibuat Malaysia terhenti disebabkan oleh keganasan yang berlaku di Lahad Datu pada tahun 2013. Jika keganasan tidak berlaku, pembayaran itu mungkin diteruskan. Ini menunjukkan bahawa fakta yang dibentangkan Malaysia begitu konsisten. Keputusan Mahkamah Perancis itu mengesahkan bahawa klausa timbang tara itu sebenarnya tidak wujud,” katanya.

Mahkamah Rayuan Paris semalam memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka kemudian membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara terbabit iaitu Stampa, telah membuat keputusan memihak kepada mereka.

Stampa telah mengeluarkan award akhir berjumlah AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia dan Malaysia telah menggunakan segala remedi perundangan untuk membatalkan award itu di mahkamah-mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh kerajaan Malaysia di Perancis pada 12 Julai 2022 terhadap penguatkuasaan award itu.

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending