Connect with us

Terkini

Tiada unsur jenayah ditemukan dalam kes Nazlan – Anwar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyiapkan siasatan mereka terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kata Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada unsur jenayah ditemukan dalam kes Nazlan – Anwar
Foto: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kanan).
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri berkata berdasarkan siasatan itu SPRM tidak menemukan sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah.
  • “SPRM telah menyiasat secara menyeluruh perkara itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan. Perkara ini telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC),” kata Anwar kepada Dewan Negara.
  • Mohd Nazlan merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendengar perbicaraan membabitkan bekas presiden Umno Najib Razak yang berdepan pertuduhan jenayah membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyiapkan siasatan mereka terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kata Anwar Ibrahim.

Berdasarkan siasatan itu kata perdana menteri SPRM tidak menemukan sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah.

“SPRM telah menyiasat secara menyeluruh perkara itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan.

“Perkara ini telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC),” kata Anwar kepada Dewan Negara.

Mohd Nazlan merupakan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan membabitkan bekas presiden Umno Najib Razak yang berdepan pertuduhan jenayah membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dia – yang kini berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Rayuan – didakwa terbabit dalam konflik kepentingan semasa mendengar perbicaraan tersebut dan melanggar kod etika.

Pada 28 Julai 2020 Mohd Nazlan mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ia melibatkan dana SRC bernilai RM42 juta.

Dia kemudian menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas ahli parlimen Pekan itu.

Anwar berkata Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah membuat keputusan mengenai isu konflik kepentingan yang dikaitkan dengan Nazlan semasa dia mengendalikan perbicaraan Najib.

Mahkamah tertinggi negara itu juga telah menolak permintaan Najib untuk mendapatkan kenyataan tambahan berhubung dakwaan tersebut.

Pada Ogos tahun lalu pula, kata Anwar, Najib turut menarik balik tuntutan yang dibuat pihaknya terhadap Nazlan.

Media pada 9 Ogos 2022 melaporkan penarikan balik tuntutan Najib itu dibuat melalui afidavit jawapan lanjutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

“Untuk rekod, saya secara mutlak menarik balik sebarang tafsiran mengenai apa yang saya telah katakan yang boleh dianggap bermaksud bahawa hakim Mohd Nazlan telah disiasat kerana kemungkinan rasuah,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending