Connect with us

Terkini

Tiada halangan pelarian Rohingya lanjut pengajian – Menteri KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tiada halangan untuk pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kerana ia tidak akan mengancam kedaulatan negara.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada halangan pelarian Rohingya lanjut pengajian – Menteri KPT
Foto: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tiada halangan pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kerana ia tidak akan mengancam kedaulatan negara.
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata isu terbabit tidak timbul kerana Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.
  • “Tidak timbul (ancam kedaulatan), soalnya kita sebahagian daripada negara bertamadun memahami bahawa diharapkan dari negara kita untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.
  • “Bagi kita, kalau ada tempat, tak ada halangan untuk beri (pelarian Rohingya sambung pengajian) kerana kalau nak masuk universiti bukan maknanya mereka macam yang kita tengok di sana,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Semarak Siswa MADANI di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tiada halangan untuk pelarian Rohingya diberi peluang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan kerana ia tidak akan mengancam kedaulatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata isu terbabit tidak timbul kerana Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun tidak boleh lari daripada sifat manusiawi dan ihsan.

“Tidak timbul (ancam kedaulatan), soalnya kita sebahagian daripada negara bertamadun memahami bahawa diharapkan dari negara kita untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.

“Bagi kita, kalau ada tempat, tak ada halangan untuk beri (pelarian Rohingya sambung pengajian) kerana kalau nak masuk universiti bukan maknanya mereka macam yang kita tengok di sana,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Semarak Siswa MADANI di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan segelintir pihak yang gusar dengan langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di IPT tempatan, bakal mengancam kedaulatan negara.

Semalam, Penasihat KPT, Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat, dilaporkan berkata pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, selain etnik Rohingya, pihaknya turut memaklumkan kepada Qatar supaya membantu pelarian lain termasuk Palestin dan Syria.

“Kita tahu masa depan dia bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu atau tidak dan sebab itu, kita tak boleh anggap bahawa ini sesuatu (mengancam kedaulatan) kerana ini lari daripada nilai kita sebagai seorang manusia

dan insan, kita langsung tak nak bantu orang, kita hanya fikir kita sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamed Khaled berkata, kerajaan tidak boleh memaksa majikan untuk memberi layanan kepada pelajar yang mengikuti latihan industri sama seperti pekerja.

“Semua sedar, mengakui hakikat bahawa mereka bukan pekerja, mereka hanya pelatih industri, mereka bukan pekerja maka sudah tentu tidak wajar untuk mereka mendapat gaji atau layanan sama.

“Pada masa sama kerajaan menyedari, kerajaan tak boleh paksa syarikat (beri layanan sama seperti pekerja, jadi dalam konteks ini, kita kena imbangi perkara itu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menggesa syarikat tempatan untuk mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar latihan industri di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan satu kadar untuk elaun terbabit tetapi jumlah itu wajar dipertimbang bagi memastikan ia dapat membantu kos sara hidup pelajar.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending