Terkini
Tempat terhad, hanya pelarian Rohingya berkelayakan masuk IPT – Khaled Nordin
Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemasukan pelarian Rohingya ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk melanjutkan pengajian kerana bukan semua boleh berbuat demikian.

- Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemasukan pelarian Rohingya ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan melanjutkan pengajian kerana bukan semua boleh berbuat demikian.
- Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelarian Rohingya yang masuk ke IPT sama ada awam atau swasta adalah mereka berkelayakan dengan tempat terhad.
- “Tidak semua etnik Rohingya seperti yang kita lihat di luar, ada di antara mereka yang berkelayakan. Malaysia sebuah negara yang ramai pelajar antarabangsa datang untuk belajar, jadi ada antaranya Rohingya.
- “Sekiranya dia (Rohingya) berkelayakan, boleh bayar, mereka boleh memohon melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang tertentu dengan tempat yang terhad. IPTS memang terbuka” katanya.
Pasir Gudang: Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kemasukan pelarian Rohingya ke institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk melanjutkan pengajian kerana bukan semua boleh berbuat demikian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelarian Rohingya yang masuk ke IPT sama ada awam atau swasta adalah mereka yang berkelayakan dengan tempat terhad.
“Tidak semua etnik Rohingya seperti yang kita lihat di luar, ada di antara mereka yang berkelayakan. Malaysia sebuah negara yang ramai pelajar antarabangsa datang untuk belajar, jadi ada antaranya Rohingya.
“Sekiranya dia (Rohingya) berkelayakan, boleh bayar, mereka boleh memohon melanjutkan pelajaran ke IPT dalam bidang tertentu dengan tempat yang terhad. IPTS memang terbuka.
“IPT ini bukan ambil semua (Rohingya) masuk semua universiti, tidak. Situasi ini bukan berniaga di tepi jalan, hendak masuk ke universiti kena ada kelayakan merit, bukan semua orang boleh,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Politeknik Ibrahim Sultan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan orang ramai dengan langkah membenarkan pelarian Rohingya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di IPT tempatan.
Kelmarin Penasihat KPT, Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat dilaporkan berkata, pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Peluang melanjutkan pengajian akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).
Menurut Mohammed Khaled, persepsi masyarakat perlu diperbetulkan terhadap isu peluang pelarian Rohingya menyambung pengajian di IPT.
Katanya, selain sifat insan terhadap umat Islam, ia juga memberi peluang kepada pelajar Rohingya apabila keluar nanti membentuk dan mendidik masyarakat mereka sendiri supaya tidak menimbulkan masalah.
“Tiada apa yang hendak ditakutkan, alangkah indahnya kita ini menjadikan dia (Rohinya) manusia, takkan kita tiada sifat insan, kita ini hendak jadikan dia berjaya. Dia Islam, dia kalau balik negara dia akan dibunuh.
“Jadi kalau kita dapat lahirkan dia (Rohingya) berjaya, dia boleh betulkan masyarakat dia kalau kita tidak mulakan, dia akan membiak dan menimbulkan masalah kepada kita.
“Tidak ramai pun, bukan kita pergi ambil semua masuk universiti. Jika begitu prestasi saya pun terjejas,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS