Terkini
Telegram jalin kerjasama dengan MCMC, PDRM bendung jenayah siber – Fahmi
Telegram sedia menjalinkan hubungan kerja lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.

- Telegram sedia menjalinkan hubungan kerja lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.
- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata komitmen itu dinyatakan selepas Telegram mengadakan pertemuan dengan beliau di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini semalam.
- “Dalam mesyuarat selama sejam itu, saya telah menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di (dalam aplikasi) Telegram.
- “Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.
- Pada 7 Jun lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital menggesa Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelak tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.
KUALA LUMPUR — Telegram sedia menjalinkan hubungan kerja lebih erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung jenayah siber.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata komitmen itu dinyatakan selepas Telegram mengadakan pertemuan dengan beliau di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini semalam.
Beliau berkata turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengerusi MCMC Tan Sri Salim Fateh Din, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan beberapa pegawai tertinggi PDRM.
“Dalam mesyuarat selama sejam itu, saya telah menegaskan bahawa terlalu banyak kes jenayah seperti penipuan pelaburan palsu, pedofilia, pornografi dan jenayah dalam talian lain berlaku di (dalam aplikasi) Telegram.
“Kami juga telah menyampaikan pandangan tegas berhubung peri penting Telegram dan mana-mana aplikasi pemesejan atau media sosial untuk sentiasa akur dan patuh kepada undang-undang Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sementara itu Fahmi berkata sejak Januari 2020 hingga Mei 2023, jumlah kerugian yang ditanggung rakyat Malaysia akibat pelbagai aktiviti penipuan menerusi Telegram telah mencecah RM45 juta, justeru kerajaan tidak akan berdiam diri dan membenarkan penjenayah berselindung di sebalik identiti palsu.
“Insya-Allah, pertemuan hari ini (semalam) adalah permulaan yang baik dalam kerjasama rentas agensi bagi memastikan Telegram akan lebih selamat untuk digunakan,” katanya.
Pada 7 Jun lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital menggesa Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelak tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.
Sumber: Bernama
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas