Connect with us

Terkini

Ramai individu dari agensi kerajaan, swasta langgar Ikrar Bebas Rasuah – SPRM

“Ramai dah buat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tetapi langgar ikrar. Memang ada rekod kami, mereka dari agensi kerajaan atau swasta yang pernah melafazkan ikrar ini tetapi masih lagi berlaku rasuah di organisasi berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Ramai individu dari agensi kerajaan, swasta langgar Ikrar Bebas Rasuah - SPRM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Ramai dah buat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tetapi langgar ikrar. Memang ada rekod kami, mereka dari agensi kerajaan atau swasta yang pernah melafazkan ikrar ini tetapi masih lagi berlaku rasuah di organisasi berkenaan.
  • Itu teguran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada pihak tertentu yang melanggar atau mengingkari ikrar bebas rasuah atau IBR itu.
  • “Mengatasinya (isu pelanggaran IBR) ialah antaranya pertama dari segi penguatkuasaan undang-undang tegas, kedua pelaporan daripada ketua-ketua jabatan dengan tidak melindungi kakitangan mereka melakukan rasuah dan ketiga, tatakelola atau pun governance dalam jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya perlu diperkemaskan.”
  • “Perkara ini sesuatu yang memalukan. Seolah-olah, IBR hanya ‘wayang’ untuk pertunjukan sahaja. Janji untuk mencegah rasuah hanya di mulut, tidak sampai ke hati sanubari,” katanya pada Majlis Pelancaran Hari Integriti WTCKL 2023, di sini, hari ini.

Kuala Lumpur: “Ramai dah buat Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tetapi langgar ikrar. Memang ada rekod kami, mereka dari agensi kerajaan atau swasta yang pernah melafazkan ikrar ini tetapi masih lagi berlaku rasuah di organisasi berkenaan.

Itu teguran Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki kepada pihak tertentu yang melanggar atau mengingkari ikrar bebas rasuah atau IBR itu.

Beliau berkata, program IBR bukanlah sekadar memenuhi majlis atau bersifat one-off kosmetik sahaja tetapi sebaliknya perlu dihayati dan dipatuhi.

“Mengatasinya (isu pelanggaran IBR) ialah antaranya pertama dari segi penguatkuasaan undang-undang tegas, kedua pelaporan daripada ketua-ketua jabatan dengan tidak melindungi kakitangan mereka melakukan rasuah dan ketiga, tatakelola atau pun governance dalam jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutamanya perlu diperkemaskan.

“Saya tekankan perkara ini kerana terdapat beberapa kes yang mana, janji-janji dalam IBR dimungkiri. Walaupun sudah melafazkan IBR, individu terbabit ditangkap SPRM kerana melakukan rasuah.

“Perkara ini sesuatu yang memalukan. Seolah-olah, IBR hanya ‘wayang’ untuk pertunjukan sahaja. Janji untuk mencegah rasuah hanya di mulut, tidak sampai ke hati sanubari,” katanya pada Majlis Pelancaran Hari Integriti WTCKL 2023, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WTCKL Mohd Yusri Mohd Junos.

Sementara itu Azam juga mengingatkan bahawa integriti adalah satu elemen penting dalam pembinaan masyarakat yang boleh menyumbang kepada kejayaan sesebuah negara.

“Tanpa integriti segala usaha ke arah memajukan negara akan memberikan hasil yang mengecewakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending