Connect with us

Terkini

Pindaan Perlembagaan isu warganegara, hentikan amalan beri kerakyatan secara automatik

Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan akan dilakukan secara komprehensif bagi menghentikan amalan memberi status kerakyatan secara automatik kepada warga asing yang bermastautin di negara ini melebihi tempoh tertentu.

Wartawan TMT

Published

on

Pindaan Perlembagaan isu warganegara, hentikan amalan beri kerakyatan secara automatik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan akan dilakukan secara komprehensif bagi menghentikan amalan memberi status kerakyatan secara automatik kepada warga asing bermastautin di negara ini melebihi tempoh tertentu.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia turut membabitkan isu berkaitan anak kepada ibu warga Malaysia yang lahir di luar negara.
  • Perkara itu penting menangani jumlah pertambahan penduduk yang terlalu ramai akibat amalan terbabit.

PUTRAJAYA: Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan akan dilakukan secara komprehensif bagi menghentikan amalan memberi status kerakyatan secara automatik kepada warga asing yang bermastautin di negara ini melebihi tempoh tertentu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia turut membabitkan isu berkaitan anak kepada ibu warga Malaysia yang lahir di luar negara.

Beliau berkata, perkara itu penting untuk menangani jumlah pertambahan penduduk yang terlalu ramai akibat amalan terbabit.

“Kalau dulu, pernah ada di Sabah melalui keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) satu ketika dulu, seseorang yang bermastautin di Sabah lebih 30 tahun, dia terus mendapat warga negara, itu zaman (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dahululah.

“Kemudian kalau dia bermastautin antara 15 hingga 30 tahun, dia boleh mendapat (status) pemastautin tetap dan anak yang lahir daripada ibu bapa pemastautin tetap, boleh mendapat kewarganegaraan.

“Itu menyumbang kepada pertambahan penduduk di Sabah, sampai sekarang kita hadapi masalah, maknanya terlalu ramai. Jadi kita cadang amalan seperti itu untuk dihentikan,” katanya pada sesi temubual bersama media di sini, semalam.

Saifuddin berkata, beliau sudah membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan membabitkan isu kewarganegaraan itu kepada Jemaah Menteri, semalam.

Beliau berkata, strategi cadangan meminda Perlembagaan berkaitan isu itu adalah untuk tampil dengan pindaan yang lebih komprehensif, bukan hanya untuk menangani tuntutan kes Suriani Kempe berhubung permohonan kewarganegaraan anak dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan dengan lelaki warga asing.

“Reaksi kerajaan lebih daripada itu dengan memasukkan juga bahawa pada umur 18 tahun, seorang anak yang mendapat kewarganegaraan, kalau dia pada waktu itu memiliki juga kerakyatan asing, maka dia kena pilih satu sahaja kerana kita tidak mengiktiraf dwi warga negara. Jadi tak perlu tunggu usia 21 tahun,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai permohonan mendapatkan kewarganegaraan, Saifuddin Nasution berkata, sebanyak 260 permohonan sudah diproses dan diputuskan dengan 13 daripadanya ditolak kerana ibu yang membuat permohonan itu memiliki kerakyatan negara lain.

“Ada juga kes yang kita tolak, dia ibu, warga negara Malaysia tetapi dia juga pemastautin tetap negara asing, jadi tak boleh.

“Jadi apabila kita kata warga negara secara kuat kuasa undang-undang, kefahaman yang tepat adalah ia bukan diberi secara automatik kerana tak ada negara di dunia ini yang memberikan warga negara kepada orang asing secara automatik, tetap kena melalui proses permohonan,” katanya.

Beliau berkata, cadangan pindaan itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja (MRR) pada 12 Julai ini dan jika mendapat perkenan, akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending