Connect with us

Terkini

Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat – Menteri Agama

Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.

Wartawan TMT

Published

on

Permohonan sijil halal dalam kalangan Bumiputera meningkat – Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata statistik permohonan bagi bumiputera yang diperolehi JAKIM merekodkan sebanyak 1,500 permohonan pada 2021 manakala tahun 2022 (1,700) dan tahun ini, setakat Jun 1,000 permohonan.
  • “Kenaikan itu adalah berikutan peranan yang telah dimainkan oleh pihak JAKIM untuk menggalakkan pemain industri dalam kalangan bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.
  • “Hakikatnya memang ramai pemain industri adalah mereka yang bukan bumiputera, sebab itu permohonan sijil halal itu dipelopori mereka yang bukan beragama Islam,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah di sini semalam.

SEMENYIH – Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata statistik permohonan bagi bumiputera yang diperolehi JAKIM merekodkan sebanyak 1,500 permohonan pada 2021 manakala tahun 2022 (1,700) dan tahun ini, setakat Jun 1,000 permohonan.

“Kenaikan itu adalah berikutan peranan yang telah dimainkan oleh pihak JAKIM untuk menggalakkan pemain industri dalam kalangan bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.

“Hakikatnya memang ramai pemain industri adalah mereka yang bukan bumiputera, sebab itu permohonan sijil halal itu dipelopori mereka yang bukan beragama Islam,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah di sini semalam.

Sementara itu bantuan RM100,000 telah disalurkan melalui Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu menjelaskan baki bayaran pembelian rumah penghuni warga emas berkenaan.

Hadir sama pada majlis sumbangan itu adalah Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan.

Mohd Na’ím berkata sumbangan itu adalah susulan lawatan mengejut yang dilakukan bersama Ras Adiba ekoran daripada masalah yang dihadapi penghuni rumah terbabit yang berdepan dengan masalah kekurangan dana pada 2 Jun lepas.

“Dalam pertemuan sebelum ini saya dimaklumkan oleh Presiden Al Fattah, Mohammad Azlan beliau terpaksa menjual kereta miliknya bagi membayar deposit rumah itu sebanyak RM60,000.

Baki bayaran sebanyak RM100,000 perlu dijelaskan sebelum hujung Jun bagi mengelak penghuni warga emas seramai 22 orang itu kehilangan tempat tinggal,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending