Connect with us

Terkini

Perlembagaan Persekutuan melibatkan Orang Asli dicadang dipinda

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor semalam mencadangkan agar peruntukan melibatkan soal kebajikan dan tanah adat Orang Asli dalam Perlembangan Persekutuan dipinda.

Wartawan TMT

Published

on

Perlembagaan Persekutuan melibatkan Orang Asli dicadang dipinda
Foto: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.
  • Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor semalam mencadangkan agar peruntukan melibatkan soal kebajikan dan tanah adat Orang Asli dalam Perlembangan Persekutuan dipinda.
  • Beliau berkata cadangan itu berikutan wujudnya kelompangan pada punca kuasa di dalam Perlembangan Persekutuan sedia ada yang hanya boleh diselesaikan melalui pindaan.
  • “Apa yang dimaksudkan adalah Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kesamarataan, tetapi Orang Asli diberi kelonggaran pada Perkara 8 (5)(C). Di situ ada disebut kesejahteraan berkaitan tanah tersekali, itu wujudnya Seksyen 7 dan 6 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).
  • Kebajikan Orang Asli ada di bawah kerajaan pusat iaitu Perkara 16, manakala isu tanah diletak di bawah (Senarai) negeri. Kalau lihat Seksyen 6 dan 7 (Akta 134), meskipun kata putus dilakukan kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri, namun ia boleh ditarik pada bila-bila masa oleh kerajaan negeri,” katanya.
  • Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang selesai menggulung perbahasan usul Laporan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR — Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor semalam mencadangkan agar peruntukan melibatkan soal kebajikan dan tanah adat Orang Asli dalam Perlembangan Persekutuan dipinda.

Beliau berkata cadangan itu berikutan wujudnya kelompangan pada punca kuasa di dalam Perlembangan Persekutuan sedia ada yang hanya boleh diselesaikan melalui pindaan.

“Apa yang dimaksudkan adalah Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kesamarataan, tetapi Orang Asli diberi kelonggaran pada Perkara 8 (5)(C). Di situ ada disebut kesejahteraan berkaitan tanah tersekali, itu wujudnya Seksyen 7 dan 6 dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

Kebajikan Orang Asli ada di bawah kerajaan pusat iaitu Perkara 16, manakala isu tanah diletak di bawah (Senarai) negeri. Kalau lihat Seksyen 6 dan 7 (Akta 134), meskipun kata putus dilakukan kerajaan pusat dengan kerjasama kerajaan negeri, namun ia boleh ditarik pada bila-bila masa oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang selesai menggulung perbahasan usul Laporan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) di Parlimen, semalam.

Ramli yang juga wakil rakyat dari golongan Orang Asli, menjelaskan beliau tidak dapat menyuarakan cadangan itu sebagai Ahli Parlimen kerana kedudukannya kini sebagai pengerusi sidang Dewan Rakyat.

“Saya sebagai wakil rakyat yang duduk sebagai Timbalan Speaker, tidak ada ruang untuk bercakap di sana (sebagai Ahli Parlimen), mohon jasa baik pertimbangkannya,” katanya.

Cadangan Ramli juga disokong Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) yang menyatakan bahawa perkara itu perlu diangkat secara dwipartisan.

Sementara itu, Rubiah berkata cadangan Ramli akan diperhalusi kerana terdapat keperluan untuk undang-undang berkaitan Orang Asli dikemas kini. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending