Connect with us

Antarabangsa

Penganut Hindu peluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat – Suruhanjaya Kebangsaan OBC

Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir pada Khamis berkata penganut Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat, India.

Wartawan TMT

Published

on

Penganut Hindu peluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat – Suruhanjaya Kebangsaan OBC
Foto: Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir.
  • Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir pada Khamis berkata penganut Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di Bengalla Barat, India.
  • Menurut laporan ANI, ketua suruhanjaya OBC itu juga berkata orang Islam yang berhijrah dari Bangladesh ke Bengali Barat dimasukkan dalam senarai OBC.

New Delhi – Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan bagi Other Backward Classes (OBC), Hansraj Ahir pada Khamis berkata penganut Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di Bengali Barat, India.

Menurut laporan ANI, ketua suruhanjaya OBC itu juga berkata orang Islam yang berhijrah dari Bangladesh ke Bengali Barat dimasukkan dalam senarai OBC.

Hansraj berkata Suruhanjaya Kebangsaan bagi OBC membuat lawatan rasmi ke Bengali Barat pada 25 Februari lalu.

Semasa siasatannya, suruhanjaya itu mendapati laporan Institut Penyelidikan Kebudayaan Institut Kerajaan Bengali Barat menyatakan orang Hindu memeluk Islam secara besar-besaran di wilayah tersebut.

Hansraj seterusnya mendedahkan kerajaan Bengali Barat turut menghantar cadangan kepada Suruhanjaya Kebangsaan bagi OBC untuk memasukkan kasta Muslim Qureshi dalam senarai pusat OBC.

Walaupun kerajaan Bengali Barat tidak menganggap Qureshi Muslim sebagai kasta dan tidak memasukkan mereka ke dalam senarai negeri OBC, kerajaan negeri Bengali menghantar cadangan untuk memasukkan kumpulan kasta Muslim Qureshi dalam senarai tersebut.

Sumber: ANI

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending