Terkini
Pengampunan Diraja: Anwar bantah permohonan Sanusi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bantahan terhadap permohonan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menentukan persoalan undang-undang berhubung Pengampunan Diraja yang diberikan kepada beliau, lima tahun lalu.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bantahan terhadap permohonan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menentukan persoalan undang-undang berhubung Pengampunan Diraja yang diberikan kepada beliau, lima tahun lalu.
- Perdana Menteri memfailkan bantahan itu pada 25 April lalu di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah ekoran saman yang difailkannya terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkan beliau dengan perlakuan tidak bermoral.
- Anwar membantah permohonan itu atas alasan, permohonan Muhammad Sanusi yang menyentuh Pengampunan Diraja yang diberikan kepada beliau pada 16 Mei 2018, adalah di luar bidang kuasa mahkamah.
- Ahli Parlimen Tambun itu menyatakan, kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan perundangan mantap dan tidak boleh disahkan atau divariasikan oleh mahkamah.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bantahan terhadap permohonan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk menentukan persoalan undang-undang berhubung Pengampunan Diraja yang diberikan kepada beliau, lima tahun lalu.
Perdana Menteri memfailkan bantahan itu pada 25 April lalu di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah ekoran saman yang difailkannya terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkan beliau dengan perlakuan tidak bermoral.
Anwar membantah permohonan itu atas alasan, permohonan Muhammad Sanusi yang menyentuh Pengampunan Diraja yang diberikan kepada beliau pada 16 Mei 2018, adalah di luar bidang kuasa mahkamah.
Ahli Parlimen Tambun itu menyatakan, kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan perundangan mantap dan tidak boleh disahkan atau divariasikan oleh mahkamah.
Presiden PKR itu berkata, Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181 berhubung kuasa Seri Paduka memberikan pengampunan, adalah kuasa tetap dan tidak terjejas.
Anwar menegaskan, permohonan Muhammad Sanusi adalah tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dan merupakan penyalahgunaan poses mahkamah untuk menentukan perkara-perkara yang tidak boleh diputuskan.
“Terdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahkan atau memvariasikan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong,” jelas beliau.
Anwar menyatakan, walaupun persoalan yang dikemukakan itu kelihatan seperti sahih, namun ia hanya didasari oleh satu matlamat iaitu mempersoal kuasa YDPA yang muktamad dan tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di samping menggunakan mahkamah untuk mengesahkan kandungan dokumen pengampunan itu.
Muhammad Sanusi mengemukakan persoalan sama ada pengampunan yang diberikan oleh Seri Paduka pada 16 Mei 2018 adalah pengampunan penuh yang bersifat bukan sahaja mengetepikan keseluruhan hukuman yang sedang dijalani Anwar ketika itu, malah juga bersifat mengetepikan sabitan jenayah yang sedang atau telah dihadapinya.
Menteri Besar Kedah itu turut mengemukakan persoalan undang-undang lanjut sama ada pengampunan Baginda hanya terpakai kepada pertuduhan yang dirujuk secara spesifik dalam dokumen pengampunan dan tidak termasuk bagi sabitan atau hukuman lampau yang dijalaninya.
Persoalan lain termasuk sama ada kesemua rekod prosiding (namun tidak terhad kepada) keterangan dan dapatan kes-kes terdahulu yang telah didengar atau diputuskan adalah terbatal atau terpadam.
“Saya telah diampunkan secara penuh dan segala keburukan atas diri saya (termasuk rekod-rekod mahkamah) diketepikan dan apa-apa kenyataan yang menyentuh perkara sama adalah fitnah dan boleh dimulakan tindakan,” katanya.
Oleh yang demikian, Anwar menyatakan, defendan telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap beliau apabila menyebut kembali beberapa sabitan jenayah yang pernah dihadapinya.
Sementara itu, peguam Yusfarizal Yusoff yang mewakili Muhammad Sanusi memberitahu wakil media, pengurusan kes ditetapkan 28 Jun di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Sementara itu, Muhammad Sanusi dalam afidavit yang diikrarkan bagi menyokong permohonan itu berkata, Seri Paduka tidak memberikan sebarang sebab dalam dokumen Pengampunan Diraja melainkan hanya menyatakan ia diberikan atas dasar belas kasihan.
Menurut beliau, dokumen itu langsung tidak menyebut bahawa kesemua rekod dan sabitan jenayah Anwar telah dipadam sepenuhnya.
Pada 31 Mac lalu, Muhammad Sanusi memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan beberapa persoalan undang-undang antaranya sama ada pengampunan Diraja yang diberikan kepada Anwar pada 16 Mei 2018 adalah satu pengampuan penuh yang boleh mengetepikan sabitan kes jenayahnya.
Pada 13 Disember 2022, Anwar selaku plaintif menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.
Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan Diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.
Menurut plaintif kenyataan-kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.
Sumber: Utusan
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas