Connect with us

Antarabangsa

Penduduk Israel mengamuk, bakar kereta milik rakyat Palestin

Penduduk negara haram, Israel terus mengamuk dengan membakar kenderaan dan bangunan yang dimiliki rakyat Palestin Rabu lalu sebagai tindak balas ke aras pembunuhan empat warganya oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhampiran kawasan perumahan.

Wartawan TMT

Published

on

Penduduk Israel mengamuk, bakar kereta milik rakyat Palestin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk negara haram, Israel terus mengamuk dengan membakar kenderaan dan bangunan yang dimiliki rakyat Palestin Rabu lalu sebagai tindak balas ke aras pembunuhan empat warganya oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhampiran kawasan perumahan.
  • Menurut Pegawai Kesihatan Palestin, seorang rakyat Palestin terkoban dalam serangan itu.
  • Sementara di Turmus Ayya, kawasan perumahan berhampiran Ramallah yang terkenal dengan penduduk Palestin yang kaya telah menyebabkan beberapa kereta dibakar sehingga kepulan asap memenuhi ruang udara.
  • Pengerusi Majlis Kampung Al-Lubban Al-Sharqeya, Yaqoub Oweis berkata, tentera dan polis Israel membuat kawalan di kawasan berkenaan ketika sekumpulan besar peneroka haram Yahudi membakar stesen minyak, kebun, kilang simen dan puluhan kereta milik rakyat Palestin.

TEBING BARAT – Penduduk negara haram, Israel terus mengamuk dengan membakar kenderaan dan bangunan yang dimiliki rakyat Palestin Rabu lalu sebagai tindak balas ke aras pembunuhan empat warganya oleh Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berhampiran kawasan perumahan.

Menurut Pegawai Kesihatan Palestin, seorang rakyat Palestin terkoban dalam serangan itu.

Sementara di Turmus Ayya, kawasan perumahan berhampiran Ramallah yang terkenal dengan penduduk Palestin yang kaya telah menyebabkan beberapa kereta dibakar sehingga kepulan asap memenuhi ruang udara.

Pengerusi Majlis Kampung Al-Lubban Al-Sharqeya, Yaqoub Oweis berkata, tentera dan polis Israel membuat kawalan di kawasan berkenaan ketika sekumpulan besar peneroka haram Yahudi membakar stesen minyak, kebun, kilang simen dan puluhan kereta milik rakyat Palestin.

“Serangan itu tidak pernah berlaku sebelum ini. Terdapat tembakan yang kuat tetapi kami tidak dapat membezakan sama ada ia datang daripada peneroka atau tentera kerana keadaan terlalu gelap.

“Serangan juga dilaporkan berlaku di bandar dan kampung Tebing Barat yang lain,” katanya.

Bagaimanapun sehingga kini rejim Zionis itu tidak mengaku bertnaggungjawab ke atas serangan berkenaan.

Advertisement

Terdahulu, sebelum serangan, dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah restoran tepi jalan dan stesen minyak berhampiran dengan penempatan Eli, mengorbankan empat orang Israel, ia merupakan tindak balas terhadap operasi besar Israel bandar Jenin, Isnin lalu. 

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending