Connect with us

Antarabangsa

Pemangsa trans mengaku bersalah pujuk kanak-kanak bawah umur untuk penderaan seksual

Seorang lelaki dewasa yang mengaku sebagai remaja lesbian mengaku bersalah atas pertuduhan cuba memikat kanak-kanak di bawah umur ke dalam aktiviti seksual selepas terperangkap dalam operasi penguatkuasaan menyasarkan pemangsa kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Pemangsa trans mengaku bersalah pujuk kanak-kanak bawah umur untuk penderaan seksual
Foto: Scarlet Moon Shadows.
  • Seorang lelaki dewasa yang mengaku sebagai remaja lesbian mengaku bersalah atas pertuduhan cuba memikat kanak-kanak di bawah umur ke dalam aktiviti seksual selepas terperangkap dalam operasi penguatkuasaan undang-undang yang menyasarkan pemangsa kanak-kanak. 
  • Scarlet Moon Shadows, juga dikenali dengan nama pengguna “Dragongurl69,” dari West Rutland, Vermont, Amerika Syarikat (AS), membuat pengakuannya bulan lalu.
  • Scarlet, dilahirkan sebagai Randy Emillion Goodreau, mengaku di mahkamah bahawa dia cuba menarik dan memaksa seorang individu, yang dipercayai sebagai seorang gadis berusia 11 tahun, untuk tujuan menderanya secara seksual.

Seorang lelaki dewasa yang mengaku sebagai remaja lesbian mengaku bersalah atas pertuduhan cuba memikat kanak-kanak di bawah umur ke dalam aktiviti seksual selepas terperangkap dalam operasi penguatkuasaan menyasarkan pemangsa kanak-kanak.

Scarlet Moon Shadows, juga dikenali dengan nama pengguna “Dragongurl69,” dari West Rutland, Vermont, Amerika Syarikat (AS) membuat pengakuannya bulan lalu.

Menurut laporan Reduxx, Scarlet, dilahirkan sebagai Randy Emillion Goodreau, mengaku di mahkamah bahawa dia cuba menarik dan memaksa seorang individu, yang dipercayai sebagai seorang gadis berusia 11 tahun.

Ia bertujuan untuk mendera mangsanya secara seksual.

Pertuduhan dikenakan terhadap Scarlet adalah berdasarkan afidavit ditulis Ejen Khas FBI, Jenelle Bringuel iaitu pakar dalam siasatan pemerdagangan seks kanak-kanak bawah umur.

Dalam afidavit itu, Jenelle menerangkan bagaimana Scarlet mula bertukar-tukar mesej dengan ejen yang menyamar sebagai kanak-kanak pada Disember 2021, dan seorang lagi ejen yang Scarlet percaya adalah ibu gadis itu, sambil menggunakan nama pengguna “Dragongurl69.”

Menurut dokumen mahkamah disemak Reduxx, Scarlet membincangkan untuk ‘mengajar’ kanak-kanak itu tentang aktiviti seksual dengan ejen penyamaran yang dipercayainya sebagai ibu angkatnya.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending