Connect with us

Antarabangsa

Nusrat Jahan Choudhury wanita Islam pertama dilantik Hakim Persekutuan AS

Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury sebagai wanita Islam pertama berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

Nusrat Jahan Choudhury wanita Islam pertama dilantik Hakim Persekutuan AS
Foto: Bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury.
  • Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury sebagai wanita Islam pertama berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan.
  • Nusrat, 46, merupakan warga Amerika-Bangladesh pertama berkhidmat bagi jawatan sepanjang hayat itu. 
  • Nusrat akan berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS untuk daerah timur New York selepas dipilih Senat melalui undian tipis 50-49.

Senat Amerika Syarikat (AS) semalam mengesahkan bekas peguam Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU), Nusrat Jahan Choudhury sebagai wanita Islam pertama berkhidmat sebagai Hakim Persekutuan.

Nusrat, 46, merupakan warga Amerika-Bangladesh pertama berkhidmat bagi jawatan sepanjang hayat itu. 

Menurut laporan The Guardian, Nusrat akan berkhidmat sebagai hakim di mahkamah AS untuk daerah timur New York.

Mengikut amalan, Hakim Persekutuan perlu diluluskan Senat yang mengesahkan pelantikan itu dalam keputusan tipis 50-49.

Seorang demokrat konservatif, Joe Manchin mengundi menentang pengesahan Nusrat kerana dia percaya beberapa komen masa lalu Nusrat membuatkannya berat sebelah terhadap penguatkuasaan undang-undang.

“Sebagai penyokong kuat anggota penguatkuasa lelaki dan wanita kita, saya menentang pencalonan Cik Choudhury,” kata Joe dalam kenyataan.

Joe juga menentang pengesahan dua lagi Hakim Persekutuan dicalonkan Presiden Joe Biden iaitu Dale Ho, seorang hakim di daerah selatan New York dan Nancy Abudu, seorang hakim di mahkamah rayuan AS untuk pusingan ke-11. 

Sebelum ini, Nusrat  yang juga merupakan bekas Timbalan Pengarah Program Keadilan Perkauman (ACLU) mempunyai rekod prestasi memerangi pemprofilan kaum dan layanan tidak sama rata terhadap golongan miskin.

Biodata beliau di laman web ACLU berkata, “Nusrat membantu mendapatkan keputusan mahkamah persekutuan pertama yang membatalkan prosedur senarai larangan terbang kerajaan AS kerana melanggar proses sewajarnya.

“Nusrat juga memfailkan litigasi untuk mencabar tindakan profiling Jabatan Polis Bandar New York (NYPD) yang tidak wajar dan diskriminasi terhadap orang Islam untuk pengawasan, mengakibatkan perjanjian penyelesaian yang diarahkan mahkamah, dan untuk mendapatkan rekod awam tentang program pemetaan kaum dan etnik FBI,” menurut ACLU.

Sumber: The Guardian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending