Terkini
Lebih 1,000 Orang Asli mahu sekolah, balai bomba
Lebih 1,000 keluarga Orang Asli yang menetap di tiga buah pos di jajahan kecil Lojing di sini mendesak kerajaan menyediakan kemudahan sekolah menengah dan balai bomba berhampiran kawasan mereka.

- Lebih 1, 000 keluarga Orang Asli yang menetap di tiga buah pos di jajahan kecil Lojing, Gua Musang, mendesak kerajaan menyediakan kemudahan sekolah menengah dan balai bomba berhampiran kawasan mereka.
- Rata-rata penduduk dari Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel memberitahu mereka terpaksa menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya jaraknya melebihi 60 kilometer.
- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tuel, Atan Alang berkata, sekolah menengah sudah menjadi keperluan mendesak selari dengan tahap kesedaran mendapatkan pendidikan dalam kalangan penduduk.
- “Oleh itu, kami berharap supaya sebuah sekolah menengah dapat dibina bertujuan memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemui di Pos Tuel di sini semalam.
GUA MUSANG: Lebih 1,000 keluarga Orang Asli yang menetap di tiga buah pos di jajahan kecil Lojing di sini mendesak kerajaan menyediakan kemudahan sekolah menengah dan balai bomba berhampiran kawasan mereka.
Rata-rata penduduk dari Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel itu memberitahu mereka terpaksa menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya yang jaraknya melebihi 60 kilometer.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Tuel, Atan Alang berkata, sekolah menengah sudah menjadi keperluan mendesak selari dengan tahap kesedaran mendapatkan pendidikan dalam kalangan penduduk.
“Penduduk Orang Asli di sekitar Pos Brooke, Pos Hendrop dan Pos Tuel makin bertambah setiap tahun dan rata-rata anak-anak sudah didedahkan dengan pendidikan asas di tabika sejak kecil.
“Oleh itu, kami berharap supaya sebuah sekolah menengah dapat dibina bertujuan memastikan tiada keciciran dalam aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak Orang Asli di sini,” katanya ketika ditemui di Pos Tuel di sini semalam.
Dalam perkembangan lain, Atan memberitahu, dia berharap kerajaan dapat membina balai bomba di kawasan Lojing.
Katanya, kedudukan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang terletak hampir 100 kilometer dari Tanah Tinggi Lojing menyukarkan kerja-kerja menyelamat jika berlaku kecemasan.
“Situasi itu menyebabkan kami terpaksa menerima bantuan agak lambat kerana kedudukan kampung yang jauh dari kawasan bandar.
“Kawasan Lojing kini sudah semakin membangun apabila mempunyai banyak pejabat wakil agensi kerajaan dan juga kemudahan seperti Klinik Kesihatan di Pos Brooke,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, pihaknya sudah memohon sekolah menengah dan balai bomba di kawasan Tanah Tinggi Lojing untuk kemudahan penduduk Orang Asli di kawasan tersebut.
Katanya, penempatan dan jumlah penduduk bertambah maka satu keperluan sekolah menengah dan balai bomba perlu dibina di kawasan itu.
“Sebuah balai bomba perlu dibina di kawasan Tanah Tinggi Lojing di sini bagi membolehkan anggota bomba mengambil tindakan segera menangani sebarang kes kecemasan di kawasan perkampungan Orang Asli.
“Kita berharap akan ada satu balai bomba dibina di kawasan Lojing kerana kedudukannya juga bersempadan dengan Cameron Highlands dan menjadi laluan untuk ke Ipoh, Perak,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kutipan dana awam, RoS digesa lakukan pemantauan berkala NGO – Saifuddin
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa untuk buat pemantauan secara berkala dokumen Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terutamanya yang menjalankan kutipan dana awam.

- Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa buat pemantauan berkala dokumen Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terutamanya yang menjalankan kutipan dana awam.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku terhadap sumbangan diberikan orang ramai.
- “Dari masa ke semasa kita boleh membuat semakan secara rawak, berkala secara rambang bagi memastikan kepatuhan terhadap undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa untuk buat pemantauan secara berkala dokumen Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terutamanya yang menjalankan kutipan dana awam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku terhadap sumbangan yang diberikan orang ramai.
“Dari masa ke semasa kita boleh membuat semakan secara rawak, berkala secara rambang bagi memastikan kepatuhan terhadap undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.
Tambahnya, RoS boleh memanggil mana-mana NGO untuk mendapatkan maklumat terperinci misalnya berkaitan laporan kewangan dan perjalanan operasi sesebuah entiti.
Bulan lalu media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin hasil siasatan yang dijalankan sejak 17 Oktober lalu.
Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menyiasat dakwaan salah guna wang sumbangan orang ramai.
Sumber: Buletin tv3
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas