Connect with us

Terkini

KPM disaran saring kesihatan mental murid sekolah dua kali setahun

Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental dalam kalangan murid di sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Wartawan TMT

Published

on

KPM disaran saring kesihatan mental murid sekolah dua kali setahun
  • Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental dalam kalangan murid di sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  • Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad, berkata ia penting untuk mengenal pasti lebih awal sekiranya ada kalangan murid yang mempunyai masalah dalam aspek itu.
  • Beliau berkata saringan itu boleh dilakukan menggunakan Ujian Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS).
  • “Apabila masalah itu dapat dikenal pasti di peringkat awal, kaedah intervensi boleh dilaksanakan lebih mudah, berbanding selepas keadaan mental pelajar sudah di tahap serius,” katanya mengulas laporan Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mengenai peningkatan hampir tiga kali ganda kes kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental dalam kalangan murid di sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad, berkata ia penting untuk mengenal pasti lebih awal sekiranya ada kalangan murid yang mempunyai masalah dalam aspek itu.

Beliau berkata, saringan itu boleh dilakukan menggunakan Ujian Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS).

“Apabila masalah itu dapat dikenal pasti di peringkat awal, kaedah intervensi boleh dilaksanakan lebih mudah, berbanding selepas keadaan mental pelajar sudah di tahap serius.

“Dengan adanya ujian saringan, mana-mana murid yang dikenal pasti mempunyai masalah boleh terus dihantar untuk kaunseling bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Kertas Putih Kesihatan yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mengenai peningkatan hampir tiga kali ganda kes kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas.

Dr Fauziah mengakui di sekolah sudah ada kaunselor cuma kesedaran dalam menggunakan perkhidmatan itu mungkin perlu dipertingkatkan.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika membentangkan kertas putih kesihatan memaklumkan rekod peningkatan daripada 11 peratus pada 1996 kepada 29 peratus pada 2015 menunjukkan masalah kesihatan mental bagi penduduk berusia 16 tahun ke atas semakin melarat.

Selain itu, 12 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental pada 2015.

Pada masa sama, Dr Fauziah berkata, kewujudan kumpulan sokongan yang baik dalam kalangan guru dan kaunselor juga penting dalam meredakan masalah berkaitan mental dihadapi kanak-kanak seperti tekanan dan kemurungan.

“Pelbagai perkara boleh menyumbang masalah mental dalam kalangan kanak-kanak iaitu persekitaran, pengaruh gajet hingga menyebabkan ketagihan, masalah ekonomi, peperiksaan dan rakan seusia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending