Terkini
KPM benarkan semula kokurikulum, aktiviti luar
Kementerian Pelajaran (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar setelah penangguhan dibuat disebabkan cuaca panas sebelum ini.

- Kementerian Pelajaran (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar setelah penangguhan dibuat disebabkan cuaca panas sebelum ini.
- Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili menerusi surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa lalu.
- Katanya, mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.
- 11 garis panduan yang dikeluarkan adalah untuk memastikan agar institusi pendidikan di bawah KPM mengambil langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi cuaca panas.
PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran (KPM) membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar setelah penangguhan dibuat disebabkan cuaca panas sebelum ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Norisah Suhaili menerusi surat siaran dan garis panduan yang dikeluarkan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa lalu.
Katanya, mengambil kira situasi terkini, KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.
Sementara itu, garis panduan yang dikeluarkan adalah untuk memastikan agar institusi pendidikan di bawah KPM mengambil langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi cuaca panas.
KPM mengeluarkan 11 garis panduan, antaranya memastikan penyertaan murid adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
Menggalakkan murid memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas dan berwarna cerah.
Menyediakan kemudahan penyejukan seperti tempat berlindung di bawah kanopi dan payung serta ais atau tuala basah.
Selain itu, memastikan murid minum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas aktiviti dengan menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi serta menggalakkan murid membawa air sendiri.
Membenarkan waktu rehat tambahan semasa aktiviti dan waktu pemulihan yang mencukupi.
Serta, semua aktiviti yang sedang berlangsung perlu ditangguhkan sekiranya berlakunya peningkatan suhu panas melebihi 35 darjah celcius.
April lalu, media melaporkan aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan jika cuaca terlalu panas sebagai langkah pencegahan menghadapi keadaan cuaca panas atau sebarang keadaan cuaca yang di luar jangkaan.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas