Terkini
Kongres dunia Palestin 2023 seru menolak penyelesaian dua negara
Kongres Dunia Palestin 2023 (WPC2023) yang berlangsung di Putrajaya, diadakan secara bersemuka dan webinar, melabuhkan tirainya dengan seruan teguh kepada Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menolak Penyelesaian Dua Negara bagi Palestin.

- Kongres Dunia Palestin 2023 (WPC2023) menyeru kepada Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menolak Penyelesaian Dua Negara bagi Palestin.
- JustPalestine, MyREF dan Majlis Perundingan Antarabangsa untuk Palestin (ICCP) pada Isnin menekankan bahawa Penyelesaian Dua Negara dianggap tidak mungkin dicapai disebabkan keberadaan koloni Yahudi di seluruh Tebing Barat.
- Pembinaan struktur kekal di penempatan haram telah menjadikannya sukar untuk dibongkar atau dipindahkan dan Menteri-menteri Israel yang menetap di penempatan-penempatan ini membuktikan bahawa pendudukan mereka melebihi pengganas Zionis sayap kanan.
- Penubuhan negara Palestin haruslah benar-benar demokratik, menjamin hak semua warganya, menegakkan keadilan, tidak membiarkan sesiapa pun terpinggir, dan model ini sejajar dengan sentimen yang semakin berkembang di Barat, yang memperjuangkan keadilan bagi rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR — Kongres Dunia Palestin 2023 (WPC2023) yang berlangsung di Putrajaya, diadakan secara bersemuka dan webinar, melabuhkan tirainya dengan seruan teguh kepada Kerajaan Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menolak Penyelesaian Dua Negara bagi Palestin.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan JustPalestine, MyREF, dan Majlis Perundingan Antarabangsa untuk Palestin (ICCP) pada Isnin menekankan bahawa Penyelesaian Dua Negara dianggap tidak mungkin dicapai disebabkan keberadaan koloni Yahudi di seluruh Tebing Barat.
Selain itu, pembinaan struktur kekal di penempatan haram telah menjadikannya sukar untuk dibongkar atau dipindahkan dan Menteri-menteri Israel yang menetap di penempatan-penempatan ini membuktikan bahawa pendudukan mereka melebihi pengganas Zionis sayap kanan.
Kongres turut mempersoalkan Perjanjian Oslo yang dipuji sebagai perjanjian damai tetapi dilihat sebagai tipu helah yang direka untuk melengahkan penjajahan hingga mengakibatkan kehadiran 700,000 pendatang haram di 250 penempatan di Tebing Barat.
Selain itu, kongres juga meragui kewujudan “temple” di bawah Al Aqsa, menganggapnya sebagai mitos yang bertujuan untuk melaksanakan agenda Israel.
Menurut kenyataan itu, penubuhan negara Palestin haruslah benar-benar demokratik, menjamin hak semua warganya, menegakkan keadilan, tidak membiarkan sesiapa pun terpinggir, dan model ini sejajar dengan sentimen yang semakin berkembang di Barat, yang memperjuangkan keadilan bagi rakyat Palestin.
Dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengkoordinasian NGO Islam Bersekutu (ACCIN), Pertubuhan IKRAM, dan Gerakan Pemuda Muslim Malaysia (ABIM), WPC2023 berfungsi sebagai platform penting untuk penglibatan, kerjasama dan memperkukuh hubungan.
Kongres dua hari yang berlangsung dari 17 hingga 18 Jun dirasmikan oleh Sheikh Ekrima Sabri, Imam Masjid Al-Aqsa, dengan ucap utama oleh Profesor Emeritus Datuk Abang Abdullah Abang Ali.
Tokoh-tokoh terkemuka, termasuk bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar, bersama-sama wakil-wakil daripada pelbagai NGO dan organisasi masyarakat sivil yang komited terhadap perjuangan Palestin, baik di peringkat tempatan mahupun global turut hadir. — BERNAMA
Sumber : Bernama
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS