Connect with us

Terkini

Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan

Kerajaan mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperluaskan peranan institusi itu dalam memberi manfaat dan mengangkat martabat serta darjat negara.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan mahu peranan JAKIM diperluaskan
Foto: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperluaskan peranan institusi itu dalam memberi manfaat dan mengangkat martabat serta darjat negara.
  • Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan sama ada mufti, ulama atau tokoh agama di JAKIM memberikan input mereka selari dengan perkembangan semasa.
  • Katanya, peranan JAKIM sebelum ini kurang menyerlah apabila dilihat banyak tertumpu dalam dakwah, latihan termasuk bersama kerajaan negeri dalam penganjuran Majlis Tilawah al-Quran.
  • “Sebelum ini, termasuk beberapa tahun yang lalu dalam kerajaan (kerajaan terdahulu), JAKIM itu kerjanya ialah dakwah, latihan termasuk bersama kerajaan negeri tentunya anjurkan tilawah.
  • “Oleh itu, saya sudah mengarahkan supaya peranan baik mufti atau ulama atau tokoh agama di JAKIM supaya selari dengan perkembangan ini dan input mereka itu dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat, harakat serta darjat negara kita,” katanya.

BUTTERWORTH: Kerajaan mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperluaskan peranan institusi itu dalam memberi manfaat dan mengangkat martabat serta darjat negara.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan sama ada mufti, ulama atau tokoh agama di JAKIM memberikan input mereka selari dengan perkembangan semasa.

Katanya, peranan JAKIM sebelum ini kurang menyerlah apabila dilihat banyak tertumpu dalam dakwah, latihan termasuk bersama kerajaan negeri dalam penganjuran Majlis Tilawah al-Quran.

“Sebelum ini, termasuk beberapa tahun yang lalu dalam kerajaan (kerajaan terdahulu), JAKIM itu kerjanya ialah dakwah, latihan termasuk bersama kerajaan negeri tentunya anjurkan tilawah.

“Tetapi dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan Madani untuk melakukan reform (perubahan) institusi-institusi kerajaan dan negara dilihat JAKIM kurang berperanan.

“Oleh itu, saya sudah mengarahkan supaya peranan baik mufti atau ulama atau tokoh agama di JAKIM supaya selari dengan perkembangan ini dan input mereka itu dapat memberi manfaat dan mengangkat martabat, harakat serta darjat negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Negeri Pulau Pinang, di sini, malam tadi.

MTHQK anjuran JAKIM akan berlangsung selama enam hari bermula semalam (Ahad) dengan membabitkan penyertaan 108 peserta daripada seluruh negeri berusia 10 hingga 25 tahun.

Secara umumnya, setiap negeri diwakili oleh lapan peserta iaitu dua peserta dalam pertandingan tilawah al-Quran, manakala enam peserta dalam pertandingan hafazan al-Quran.

Anwar berkata, kerajaan turut menambah peruntukan kepada JAKIM bagi memperkuatkan institusi berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar meminta umat Islam untuk memanfaatkan mukjizat al-Quran dengan membicarakan soal kemampanan dan sistem nilai yang dianjurkannya tanpa mempertahankan sesuatu yang bertentangan.

“Ini berikutan wujud sanggahan oleh individu tertentu terhadap inisiatif kerajaan termasuk Belanjawan Madani dengan membuat rujukan kepada ayat dalam al- Quran secara tidak tepat.

“Sebab itu saya membicarakan soal wacana yang ada dalam al-Quran itu dalam menjawab tohmahan dengan hujah yang kuat. Ini dilakukan dengan mencabar orang yang membawa idea-idea menyanggah kitab suci itu untuk memastikan kita melakar ataupun menzahirkan sesuatu yang baik.

“Maka dalam negara kita, dalam hal-hal yang sedemikian sepatut kita pertahankan akhlak dan nilai termasuk dalam keadaan kita berbeza pandangan,” katanya.

Tegasnya, tindakan memperkudakan al-Quran untuk melemparkan hujah juga akan merosakkan kemurnian kitab suci itu yang telah dipertahankan para ulama selama lebih 1,000 tahun.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending