Terkini
Jabatan pembangunan kanak-kanak kini di peringkat pembentukan – KPWKM
Proses untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini di peringkat pembentukan serta penyusunan semula.

- Proses untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini di peringkat pembentukan serta penyusunan semula.
- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata bagi peringkat awal, proses yang membabitkan bahagian kanak-kanak itu ketika ini diurus serta digerakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- “Memandangkan kita mempunyai JKM dan di bawah JKM, ada bahagian kanak-kanak maka Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dibangunkan daripada unit sedia ada di bawah JKM sebelum bahagian ini dijadikan secara rasmi sebagai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada penghujung tahun 2025.
- “Apabila jabatan ini diwujudkan kelak, ia akan menjadi agensi ketujuh di bawah KPWKM. Buat masa sekarang, kita menumpukan kepada proses mengemas kini selain melihat sekiranya ada keperluan untuk meminda Akta Kanak-Kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu & Hari Bapa peringkat Negeri Kelantan 2023 di Institut Pengurusan Peladang Panji di sini semalam.
KOTA BHARU – Proses untuk mewujudkan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini di peringkat pembentukan serta penyusunan semula.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata bagi peringkat awal, proses yang membabitkan bahagian kanak-kanak itu ketika ini diurus serta digerakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Memandangkan kita mempunyai JKM dan di bawah JKM, ada bahagian kanak-kanak maka Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak akan dibangunkan daripada unit sedia ada di bawah JKM sebelum bahagian ini dijadikan secara rasmi sebagai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak pada penghujung tahun 2025.
“Apabila jabatan ini diwujudkan kelak, ia akan menjadi agensi ketujuh di bawah KPWKM. Buat masa sekarang, kita menumpukan kepada proses mengemas kini selain melihat sekiranya ada keperluan untuk meminda Akta Kanak-Kanak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Ibu & Hari Bapa peringkat Negeri Kelantan 2023 di Institut Pengurusan Peladang Panji di sini semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata kewujudan jabatan itu penting memandangkan kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, penderaan dan pelbagai isu membabitkan golongan berkenaan semakin berleluasa.
“Sekarang kalau kita tengok peranan JKM lebih menumpukan kepada urusan kebajikan, bantuan selain turut menguruskan 10 kumpulan sasar termasuk wanita, keluarga, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak.
“Namun apabila Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak ditubuhkan kelak, ia akan menfokus kepada kanak-kanak malah menerusi jabatan ini juga, segala urusan membabitkan kanak-kanak akan diletak di bawah Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan bukan lagi di bawah Ketua Pengarah JKM,” katanya.
Beliau juga berkata untuk menguruskan jabatan berkenaan, pihaknya akan menggunakan kakitangan sedia ada di bawah JKM walaupun kementerian dibenar mengambil pekerja kontrak.
“Selagi tidak berdiri sendiri, kita akan mengunakan kakitangan yang sedia ada. Malah kita juga dibenarkan untuk melantik kakitangan kontrak iaitu dengan peruntukan seramai 224 orang setahun mengikut keperluan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aiman Athirah berkata KPWKM telah memperuntuk sebanyak RM202.8 juta untuk kebajikan rakyat negeri Kelantan tahun ini dan ia memberi manfaat kepada 48,000 penerima menerusi JKM.
“Menerusi peruntukan ini, sebanyak 80 peratus disalurkan secara terus sebagai bantuan kewangan yang meliputi bantuan kepada warga emas, OKU, OKU terlantar, OKU tidak bekerja, ibu tunggal dan sebagainya.
“Selain peruntukan yang diberikan, kerajaan negeri turut memperuntuk hampir RM24 juta pada tahun ini kepada JKM untuk melengkapi keperluan bagi menyantuni kebajikan masyarakat di Kelantan yang layak menerima,” katanya.
Beliau berkata kementerian itu turut memperuntuk RM2.38 juta bagi pembinaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kelantan di Jalan Dusun Muda yang dijangka siap pada Ogos depan sebelum dapat berfungsi sebagai pusat agensi pelaksana program serta aktiviti perancangan keluarga.
“Setakat ini, sebanyak empat LPPKN telah siap dibina di seluruh negara iaitu di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka serta Selangor dan kementerian menyasarkan untuk mewujudkan pusat ini di setiap negeri kerana merasakan ia memberi manfaat terutama kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada kemudahan yang ditawarkan oleh LPPKN.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada peruntukan tahunan yang diperoleh,” katanya. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas