Connect with us

Terkini

Isu ‘musuh Allah’ disalah tafsir, ucapan tidak dituju kepada mana-mana pihak – Syeikh Zainul Asri

Pendakwah bebas, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli memohon maaf dan membuat penjelasan berhubung ucapannya yang menyebut ‘musuh Allah’ semasa Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, pada Sabtu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Isu ‘musuh Allah’ disalah tafsir, ucapan tidak dituju kepada mana-mana pihak - Syeikh Zainul Asri
Foto: Pendakwah bebas, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli.
  • Pendakwah bebas, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli memohon maaf dan membuat penjelasan berhubung ucapannya yang menyebut ‘musuh Allah’ semasa Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, pada Sabtu lalu.
  • Syeikh Muhd. Zainul Asri berkata, isu berkenaan telah disalah tafsir walaupun ucapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
  • “Sebelum itu saya memohon maaf tidak terhingga kepada muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dan tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit.
  • “Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak menyebut kepada mana-mana parti politik atau sesiapa sahaja,” katanya dalam klip video di Instagram miliknya.
  • Pada Sabtu lalu, ketika menyampaikan Tausiah sempena Himpunan Kedah Berselawat, Syeikh Muhd. Zainul Asri berharap agar ‘Allah mempertahankan negeri ini (Kedah) daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah SWT dan dimenangkan agama Allah SWT’.

ALOR SETAR: Pendakwah bebas, Syeikh Muhd. Zainul Asri Mohd. Romli memohon maaf dan membuat penjelasan berhubung ucapannya yang menyebut ‘musuh Allah’ semasa Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, pada Sabtu lalu.

Syeikh Muhd. Zainul Asri berkata, isu berkenaan telah disalah tafsir walaupun ucapan tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

“Sebelum itu saya memohon maaf tidak terhingga kepada muslimin dan muslimat serta seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dan tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit.

“Sesungguhnya saya tidak menyasarkan ucapan itu kepada mana-mana kumpulan dan tidak menyebut kepada mana-mana parti politik atau sesiapa sahaja,” katanya dalam klip video di Instagram miliknya.

Pada Sabtu lalu, ketika menyampaikan Tausiah sempena Himpunan Kedah Berselawat, Syeikh Muhd. Zainul Asri berharap agar ‘Allah mempertahankan negeri ini (Kedah) daripada dijatuhkan oleh musuh-musuh Allah SWT dan dimenangkan agama Allah SWT’.

Jelas pengasas dan Penasihat Madrasah Darul Sajidin (Darsa) Kuala Nerang itu, beliau merujuk firman Allah ketika mengungkapkan ucapan itu.

“Tidak akan meredhai golongan yahudi dan golongan nasrani sehinggalah kamu mengikut jejak langkah kehidupan mereka.

“Jadi itulah yang menjadi tujuan ucapan saya pada malam itu kerana Islam adalah agama yang konsisten dan istiqomah dengan akidah perjuangannya dan menolak sebarang bentuk dakyah dan juga usaha daripada musuh-musuh Islam iaitu yang dimaksudkan dengan golongan yahudi dan nasrani.

“Mudah-mudahan pencerahan ini akan beri seribu keharmonian kepada kita semua umat Islam dan rakyat malaysia. Marilah kita sama-sama bersatu dan berpadu untuk menjaga agama kita dengan sebaik-baiknya,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending