Connect with us

Terkini

Insiden jentik kemaluan: Polis panggil lapan pelajar bantu siasatan kes buli

Polis telah memanggil lapan pelajar sebuah sekolah menengah di Sri Aman bagi membantu siasatan satu kes buli membabitkan seorang pelajar di daerah itu baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

Insiden jentik kemaluan: Polis panggil lapan pelajar bantu siasatan kes buli
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis telah memanggil lapan pelajar sebuah sekolah menengah di Sri Aman bagi membantu siasatan satu kes buli membabitkan seorang pelajar di daerah itu baru-baru ini.
  • Pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Zuriawati Zainal Abidin dalam satu kenyataan berkata, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian tersebut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
  • Katanya, semua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk dirakam percakapan.
  • Dalam rakaman video yang dirakam menerusi telefon bimbit selama 41 saat yang tular sebelum ini, seorang remaja lelaki dilihat telah dibogelkan manakala beberapa remaja lain kemudian menjentik kemaluannya.
  • Mangsa turut disepak dari belakang.

SRI AMAN: Polis telah memanggil lapan pelajar sebuah sekolah menengah di Sri Aman bagi membantu siasatan satu kes buli membabitkan seorang pelajar di daerah itu baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Zuriawati Zainal Abidin dalam satu kenyataan berkata, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian tersebut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, semua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk dirakam percakapan.

Dalam rakaman video yang dirakam menerusi telefon bimbit selama 41 saat yang tular sebelum ini, seorang remaja lelaki dilihat telah dibogelkan manakala beberapa remaja lain kemudian menjentik kemaluannya.

Selain itu mangsa turut disepak dari belakang.

Kes ini mendapat perhatian polis selepas video tersebut tular dan satu laporan polis dibuat pada jam 5 petang pada Ahad lalu.

Untuk rekod, peruntukan akta ini membawa kepada hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.

Zuriawati turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarnag spekulasi dan menyebarkan berita tidak benar mengenai kejadian ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending