Connect with us

Terkini

Iktiraf SKM setaraf SPM – Zahid Hamidi

Kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Iktiraf SKM setaraf SPM - Zahid Hamidi
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kertas dasar berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, tidak lama lagi.
  • “Oleh kerana kita mempunyai sijil yang akan dikeluarkan iaitu SKM, kertas dasar akan dibawa ke Kabinet untuk menentukan bahawa sijil ini akan turut diiktiraf sebagai sijil yang sama taraf atau pun lebih tinggi daripada sijil SPM,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Portal Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pertukaran Memorandum Kerjasama di sini, hari ini.
  • Ahmad Zahid berkata, beberapa perubahan dasar dirancang bertujuan memperkasakan sektor TVET di negara ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) supaya setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran pemegang sijil berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kertas dasar berhubung perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, tidak lama lagi.

“Oleh kerana kita mempunyai sijil yang akan dikeluarkan iaitu SKM, kertas dasar akan dibawa ke Kabinet untuk menentukan bahawa sijil ini akan turut diiktiraf sebagai sijil yang sama taraf atau pun lebih tinggi daripada sijil SPM.

“Dalam tempoh dua minggu dari sekarang (akan bawa kertas dasar untuk dibincangkan dalam Kabinet),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Portal Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pertukaran Memorandum Kerjasama di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Selain SKM, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, beberapa perubahan dasar dirancang bertujuan memperkasakan sektor TVET di negara ini.

Katanya, ia penting bagi menyelaraskan bidang tertentu supaya semua pihak tidak lagi berfikir secara ‘silo’, sebaliknya melakukan koordinasi dengan lebih baik.

“Bukan sahaja bertujuan mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga kerja asing tetapi sudah tiba masa untuk menggunakan tenaga tempatan, memberikan latihan sewajarnya mengikut kehendak pasaran yang ada dan minat peserta itu apabila mereka menjadi lepasan TVET.

“Ia bukan sahaja mengurangkan pengangguran tetapi kita akan dapat merapatkan jurang pengangguran tidak ketara dan juga masalah ‘mismatch’ bidang pekerjaan dan kursus yang mereka ikuti,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM), beliau berkata kerajaan komited menyediakan bidang bersesuaian dengan usia pekerja sektor berkenaan.

“Kita ketahui industri gig ini tumbuh 23 peratus setiap tahun dan ini membabitkan RM52.4 bilion pada 2021 dan tentunya KSM (Kementerian Sumber Manusia) dan lain-lain kementerian amat prihatin terhadap nasib mereka dan kita akan sediakan kertas Kabinet bagi mewujudkan suruhanjaya itu.

“Bagaimanapun saya sudah mengadakan perbincangan tidak formal dengan Perdana Menteri, pada dasarnya penelitian terhadap kertas (Kabinet) itu harus dibuat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending