Antarabangsa
Disney perkenal watak bukan binari pertama Pixar
Disney memperkenalkan watak bukan binari (jantina yang tidak termasuk dalam kategori lelaki atau perempuan) pertama Pixar dalam filem animasinya terbarunya, Elemental.

- Disney memperkenalkan watak bukan binari (jantina yang tidak termasuk dalam kategori lelaki atau perempuan) pertama Pixar dalam filem animasi terbarunya, Elemental.
- Langkah sinematik itu dikatakan bersejarah untuk Pixar kerana memperkenalkan Lake Ripple sebagai watak bukan binari utama studio, menandakan era baharu kemunculan gender yang pelbagai.
- Walaupun Lake Ripple bukan watak utama dalam Elemental, kewujudan wataknya juga dikatakan mempunyai kepentingan besar, terutamanya untuk komuniti LGBTQIA+, yang kini menyaksikan lebih banyak kemunculan dalam pawagam arus perdana.
Disney memperkenalkan watak bukan binari (jantina yang tidak termasuk dalam kategori lelaki atau perempuan) pertama Pixar dalam filem animasi terbarunya, Elemental.
Studio animasi itu sebelum ini memperkenalkan watak pelakon utama berkulit hitam, Joe Gardner (Jamie Foxx), dalam filem Soul selain babak ciuman sesama jenis antara watak Hawthorne dan Kiko dalam filem animasi Lightyear.
Menurut laporan Sportskeeda, Elemental, filem animasi berlatarkan bandar luar biasa, yang didiami entiti air, api, udara dan tanah itu, menghidupkan naratif yang menarik.
Sementara itu, pelakon suara, Ava Hauser membuat pengumuman hebat mengesahkan penggambaran mereka tentang Lake Ripple dalam Pixar’s Elemental.
Langkah sinematik itu dikatakan bersejarah untuk Pixar kerana memperkenalkan Lake Ripple sebagai watak bukan binari utama studio, menandakan era baharu kemunculan gender yang pelbagai.
Pixar, melalui novelisasi junior Elemental dan buku gabungan Unlikely Friends, mendedahkan Lake Ripple bukan sahaja menjadi watak bukan binari tetapi menjalin hubungan dengan teman wanitanya.
Walaupun Lake Ripple bukan watak utama dalam Elemental, kewujudan wataknya juga dikatakan mempunyai kepentingan besar, terutamanya untuk komuniti LGBTQIA+, yang kini menyaksikan lebih banyak kemunculan dalam pawagam arus perdana.
Sumber: Sportskeeda
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS