Connect with us

Antarabangsa

Dilarang dekorasi LGBTQ, Kesatuan pekerja Starbucks AS rancang mogok

Kira-kira 3,500 pekerja Starbucks merancang untuk mogok minggu ini selepas syarikat itu didakwa melarang mempamerkan dekorasi ‘Pride Month’ yang meraikan kelompok songsang LGBTQ.

A.R. Khan

Published

on

Dilarang dekorasi LGBTQ, Kesatuan pekerja Starbucks AS rancang mogok
Foto: Gambar pekerja Starbucks di Amerika Syarikat (AS) semasa mogok.
  • Kira-kira 3,500 pekerja Starbucks merancang untuk mogok minggu ini selepas syarikat itu didakwa melarang mempamerkan dekorasi ‘Pride Month’ yang meraikan kelompok songsang LGBTQ.
  • Kesatuan pekerja Starbucks pada Jumaat lalu mengumumkan mogok itu bakal melibatkan lebih 150 cawangan Starbucks di seluruh Amerika Syarikat (AS).
  • Starbucks yang berpangkalan di Seattle AS menafikan tuduhan itu dan menyatakan sokongan mereka terhadap isu LGBTQ tetap “teguh dan tidak berubah”.
  • Sebelum ini, produk jenama utama AS seperti bir Bud Light dan rangkaian runcit Target antara syarikat menerima impak tentangan daripada masyarakat awam beberapa minggu lalu kerana memaparkan dan mempromosikan produk pro-LGBTQ.

Kira-kira 3,500 pekerja Starbucks merancang untuk mogok minggu ini selepas syarikat itu didakwa melarang mempamerkan dekorasi ‘Pride Month’ yang meraikan kelompok songsang LGBTQ.

Kesatuan pekerja Starbucks pada Jumaat lalu mengumumkan mogok itu bakal melibatkan lebih 150 cawangan Starbucks di seluruh Amerika Syarikat (AS).

RT melaporkan kesatuan itu mendakwa tindakan mogok terbabit dirancang kerana Starbucks mengarahkan penurunan bahan dekorasi menyokong LGBTQ di puluhan cawangan rangkaian kedai kopi itu.

“Pilihan mereka untuk mengikut syarikat lain menarik sokongan terhadap komuniti aneh (queer) ketika kami sangat memerlukannya, membuktikan mereka bukanlah syarikat yang inklusif seperti dicanang,” kata kesatuan itu dalam satu kenyataan.

Starbucks yang berpangkalan di Seattle AS menafikan tuduhan itu dan menyatakan sokongan mereka terhadap isu LGBTQ tetap “teguh dan tidak berubah”.

Sejak sekian lama, syarikat itu menonjolkan budaya korporat progresif dengan polisi memberi faedah insurans kesihatan kepada pekerja pasangan sejenis pada 1988 dan memperluas faedah kesihatannya meliputi pembedahan penukaran jantina pada 2013.

Kesatuan pekerja itu bagaimanapun berkata, pengurusan Starbucks pelbagai lokasi di AS memaklumkan bahawa hiasan Pride kini menjadi kebimbangan keselamatan.

Advertisement

Produk jenama utama AS seperti bir Bud Light dan rangkaian runcit Target antara syarikat menerima impak tentangan daripada masyarakat awam beberapa minggu lalu.

Ia berikutan tindakan jenama-jenama itu terjebak mempromosi produk atau elemen LGBTQ sehingga menyebabkan kehilangan berbilion dolar dalam pasaran saham mereka.

Sumber: RT

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending