Connect with us

Terkini

DBKL akan tarik balik lesen perniagaan disalah guna – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.

Wartawan TMT

Published

on

DBKL akan tarik balik lesen perniagaan disalah guna – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.
  • Beliau berkata pihaknya bersama DBKL sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi, dalam memastikan ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.
  • “Saya punya rencana dengan Datuk Bandar (Kuala Lumpur) dan Pengarah (Pengurusan Tertinggi DBKL), untuk cari jalan (bagi memastikan penjaja) ikut peraturan dan lesen diberikan kepada penduduk tempatan.
  • “Kalau dia (penjaja) serah kepada yang lain, kita akan tarik balik (lesen),” katanya kepada pemberita selepas sesi Temu Mesra Perdana Menteri di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Beliau berkata pihaknya bersama DBKL sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi, dalam memastikan ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.

“Saya punya rencana dengan Datuk Bandar (Kuala Lumpur) dan Pengarah (Pengurusan Tertinggi DBKL), untuk cari jalan (bagi memastikan penjaja) ikut peraturan dan lesen diberikan kepada penduduk tempatan.

“Kalau dia (penjaja) serah kepada yang lain, kita akan tarik balik (lesen),” katanya kepada pemberita selepas sesi Temu Mesra Perdana Menteri di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulangi iltizam untuk menaik taraf fasiliti dan imej ibu kota termasuk gerai penjaja, demi keselesaan rakyat.

“Ada beberapa kawasan pembersihan air, (saliran) parit, dan bumbung, yang akan kita perbaiki segera pada tahun ini juga,” katanya.

Sebelum ini Anwar berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) terutamanya di kawasan bandar, perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada penjaja dan peniaga kecil, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.

Beliau berkata kemudahan itu perlu disediakan, memandangkan kumpulan berkenaan juga turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, menerusi perniagaan yang dijalankan.

Terdahulu Anwar meluangkan masa kira-kira 40 minit meninjau, beramah mesra dan bersarapan, bersama penjaja di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang telah dinaik taraf menerusi inisiatif Lestari Niaga @ Kuala Lumpur.

Inisiatif tersebut bertujuan menaik taraf fasiliti gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan, kepada yang lebih kondusif dan selesa.

Pusat penjaja yang dahulunya dikenali dengan nama Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman itu dibina pada 1974 dan mempunyai 20 unit gerai, telah dinaik taraf bermula Mac dan siap pada April 2023.

Antara kerja naik taraf dilaksanakan ialah pertukaran dan penambahbaikan bumbung, pendawaian semula, penggantian semula kipas dan lampu, serta penggantian paip pecah. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending