Connect with us

Terkini

Anwar rela disiasat, jika didapati terlibat rasuah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Wartawan TMT

Published

on

Anwar rela disiasat, jika didapati terlibat rasuah
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didakwa terlibat dalam kes rasuah.
  • Anwar berkata selama tujuh bulan diberikan amanah untuk mentadbir negara, tiada satu kepentingan pun diberikan kepada keluarganya.
  • “Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa),” katanya ketika berucap pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, dekat sini.
  • Pada masa yang sama, Anwar juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam dengan sesiapa serta mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah ketika ini.

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Anwar berkata selama tujuh bulan diberikan amanah untuk mentadbir negara, tiada satu kepentingan pun diberikan kepada keluarganya.

“Kalau kata saya terlibat kes rasuah, gunakan wang mengayakan Wan Azizah, Nurul Izzah dan anak-anak. Itu boleh bawa (lapor kepada pihak berkuasa),” katanya ketika berucap pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu, Seberang Perai Tengah, dekat sini.

Pada masa yang sama, Anwar juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam dengan sesiapa serta mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah ketika ini.

“Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.

“Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam)…kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (pimpinan dulu),” kata Anwar.

Perdana Menteri menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana menteri serta timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan mahupun bekas menteri sekiranya mereka terlibat dalam kes rasuah.

Menurutnya, dalam perkara itu semua badan penguatkuasa seperti SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarahkan menjalankan tanggungjawab dengan tegas dan berani dalam kes rasuah.

Anwar berkata komitmennya untuk membanteras amalan rasuah diterima baik dan tidak pernah dibantah oleh setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan, ini termasuk segala perancangan untuk setiap pembangunan di negara ini.

“Dalam kerajaan ada UMNO, Barisan Nasional, DAP, GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) belum pernah saya dapat sekalipun apa-apa bantahan daripada mereka, sama ada untuk pembangunan umat Islam, tata kelola dan banteras rasuah.

“Saya dengar bantahan dari luar sahaja…tidak hadapi masalah sebab kita melakukan perbincangan…Maka berilah peluang kita mentadbir negara ini kerana ia hampir rosak. Siapa jadi menteri dan semua kaya-raya itu, kena tukar,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut menegaskan akan terus mempertahankan prinsip membanteras rasuah serta penyelewengan walaupun menerima pelbagai ugutan.

“Macam-macam ugutan saya terima. “Geng kaya-raya berpakat…Penyakau besar bilion ringgit berpakat (ingin menjatuhkan beliau), tetapi saya lawan tetap lawan untuk mempertahankan prinsip ini,” katanya.

Sementara itu ketika ditemui pemberita, Anwar berkata kehadirannya ke Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu sekadar lawatan untuk bermesra bersama penduduk setempat dan bukannya memperoleh keyakinan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Tiada perkiraan mengenai matlamat (pilihan raya negeri). Tugas saya hanya untuk kembali ke sini kerana mereka begitu setia dan baik kepada saya selama ini,” katanya.

Terdahulu beliau turut menghadiri Kenduri Qurban anjuran pihak ahli jawatankuasa Masjid Jamek An-Nur Guar Perahu serta menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Sumber: Bernama

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending