Connect with us

Terkini

Amang seksual kanak-kanak lapan tahun dalam kereta, lelaki dipenjara 7 tahun dan sebat

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dalam sebuah kereta, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Amang seksual kanak-kanak lapan tahun dalam kereta, lelaki dipenjara 7 tahun dan sebat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dalam sebuah kereta, Oktober lalu.
  • Hakim Rosli Ahmad, membuat keputusan itu selepas tertuduh Jumaidi Abdillah Adi Basar, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.
  • Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia lapan tahun dalam sebuah kereta di tepi jalan, belakang sebuah bangunan restoran makanan segera, di sini, kira-kira jam 8.30 malam, 20 Oktober lalu.
  • Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau didenda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

TAWAU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, dalam sebuah kereta, Oktober lalu.

Hakim Rosli Ahmad, membuat keputusan itu selepas tertuduh Jumaidi Abdillah Adi Basar, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia lapan tahun dalam sebuah kereta di tepi jalan, belakang sebuah bangunan restoran makanan segera, di sini, kira-kira jam 8.30 malam, 20 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau didenda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pada hari kejadian dilihat menghampiri mangsa yang ketika itu berada di tepi jalan sebuah kedai runcit sebelum menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih yang dipandunya.

Tertuduh kemudiannya membawa mangsa menuju kawasan belakang bangunan sebuah restoran makanan segera dan melakukan amang seksual terhadap mangsa sebelum meninggalkan mangsa dalam keadaan lemah di kawasan itu.

Mangsa yang ditemukan oleh orang awam dibawa ke hospital dan hasil pemeriksaan ke atas mangsa mendapati empat kesan koyakan baharu pada selaput dara mangsa.

Hukuman penjara ke atas tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 22 Oktober 2022.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending