Connect with us

Terkini

Akta Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentang tidak lama lagi – Azalina

Satu akta khusus untuk Suruhanjaya Kanak-Kanak yang menjadi kesinambungan kepada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Wartawan TMT

Published

on

Akta Suruhanjaya Kanak-kanak akan dibentang tidak lama lagi – Azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Satu akta khusus untuk Suruhanjaya Kanak-Kanak yang menjadi kesinambungan kepada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dengan adanya akta itu nanti, maka Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang ditempatkan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menerajui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara bebas.
  • “Isu-isu hak asasi manusia merupakan suatu perkara yang merentasi, dengan izin, cross-cutting di antara satu agensi dengan agensi lain. Justeru itu, penyelarasan yang bersepadu perlu dibuat dalam kalangan semua kementerian, jabatan, agensi bagi memastikan semua isu hak asasi manusia di Malaysia akan dapat ditangani sepenuhnya.
  • “Sesungguhnya, Kerajaan ini akan terus memperkukuh dan mempertingkatkan hak asasi manusia ke arah tiada siapa tertinggal,” katanya ketika membentangkan RUU Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Satu akta khusus untuk Suruhanjaya Kanak-Kanak yang menjadi kesinambungan kepada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dengan adanya akta itu nanti, maka Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang ditempatkan di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menerajui Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara bebas.

“Isu-isu hak asasi manusia merupakan suatu perkara yang merentasi, dengan izin, cross-cutting di antara satu agensi dengan agensi lain. Justeru itu, penyelarasan yang bersepadu perlu dibuat dalam kalangan semua kementerian, jabatan, agensi bagi memastikan semua isu hak asasi manusia di Malaysia akan dapat ditangani sepenuhnya.

“Sesungguhnya, Kerajaan ini akan terus memperkukuh dan mempertingkatkan hak asasi manusia ke arah tiada siapa tertinggal,” katanya ketika membentangkan RUU Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suhakam di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Azalina memberitahu, kerajaan juga sedang memuktamadkan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh yang meliputi pemberian kewarganegaraan melalui penguatkuasaan undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

“Saya juga menghargai kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memahami kompleksiti isu perundangan yang terlibat dalam perkara ini dan terus memberikan sokongan yang sewajarnya terhadap usaha kerajaan dalam menyelesaikannya mengikut proses undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, pelbagai reformasi akan turut diketengahkan termasuk cadangan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2011 (Akta 711) dan penubuhan Ombudsman Malaysia melalui penggubalan satu akta khusus dalam masa terdekat.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending