Connect with us

Terkini

Ahli Parlimen mahu hak asasi kanak-kanak diperkasa

Isu berkaitan kebajikan dan pemerkasaan hak asasi kanak-kanak adalah antara perkara yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen pada perbahasan usul Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Ahli Parlimen mahu hak asasi kanak-kanak diperkasa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Isu berkaitan kebajikan dan pemerkasaan hak asasi kanak-kanak adalah antara perkara yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen pada perbahasan usul Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat semalam.
  • Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mencadangkan agar penahanan imigresen terhadap kanak-kanak dan keluarga pelarian dihentikan dengan pelaksanaan inisiatif seperti program rintis Alternative to Detention (ATD) yang pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini. 
  • Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Dalam Negeri perlu melaksanakan program ATD dengan segera dan menyemak semua skop dan kriteria program itu bagi menambah resolusi lain, selain hantar pulang (pelarian).
  • “Kenapa kita perlu hentikan penahanan kanak-kanak di Depot Tahanan Imigresen, kerana ia berbahaya kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak itu, sekali gus memberi kesan berpanjangan kepada mereka yang berkeluarga atau bersendirian,” katanya.

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Isu berkaitan kebajikan dan pemerkasaan hak asasi kanak-kanak adalah antara perkara yang diketengahkan oleh Ahli Parlimen pada perbahasan usul Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Dewan Rakyat semalam.

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mencadangkan agar penahanan imigresen terhadap kanak-kanak dan keluarga pelarian dihentikan dengan pelaksanaan inisiatif seperti program rintis Alternative to Detention (ATD) yang pernah diperkenalkan kerajaan sebelum ini. 

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Dalam Negeri perlu melaksanakan program ATD dengan segera dan menyemak semua skop dan kriteria program itu bagi menambah resolusi lain, selain hantar pulang (pelarian).

“Kenapa kita perlu hentikan penahanan kanak-kanak di Depot Tahanan Imigresen, kerana ia berbahaya kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak itu, sekali gus memberi kesan berpanjangan kepada mereka yang berkeluarga atau bersendirian.

“Selain itu, ia turut menjejaskan ekonomi kita, tahanan imigresen adalah 90 peratus lebih mahal berbanding program jagaan alternatif yang memberikan perlindungan dan penjagaan kepada komuniti kanak-kanak dan pelarian di Malaysia,” katanya.

Berhubung isu kewarganegaraan kanak-kanak, Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) berkata perkahwinan secara adat dalam kalangan Orang Asli di Sabah dan Sarawak menyebabkan anak-anak yang lahir tidak didaftarkan, dan keadaan itu mengundang kepada masalah kewarganegaraan terus berlanjutan.

“Mereka yang tiada dokumen kelahiran terus dinafikan kewarganegaraan walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang canggih yang ada pada hari ini mampu mengesahkan pertalian darah mereka dengan ibu atau bapa atau saudara terdekat.

“Anak kepada ibu yang merupakan warganegara terus dinafikan hak untuk mendapatkan kerakyatan sebab undang-undang kita memihak kepada bapa sahaja dan bukannya ibu,” katanya.

Namun beliau berkata ini tidak bermakna Menteri Dalam Negeri tidak boleh menggunakan kuasanya untuk meminda peraturan untuk memudahkan proses atau sekurang-kurangnya menggunakan budi bicaranya.

Dalam sesi sama, Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) berkata syor yang dikemukakan SUHAKAM dalam memperkasakan Majlis Kanak-kanak Kebangsaan wajar diberi perhatian dengan menambah bilangan keahlian daripada wakil kanak-kanak.

Persidangan bersambung hari ini. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending