Connect with us

Terkini

4.5 juta rakyat Malaysia mungkin hilang pekerjaan jika tidak tingkat kemahiran

Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).

Wartawan TMT

Published

on

4.5 juta rakyat Malaysia mungkin hilang pekerjaan jika tidak tingkat kemahiran
Foto: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar.
  • Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).
  • Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Forum Ekonomi Dunia 2020 memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan berikutan AI sudah digunakan untuk mengautomasikan tugas dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pelanggan.
  • Berikutan itu, Sivakumar berkata kementeriannya menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mewujudkan ID-TAP yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri.

SHAH ALAM — Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata Forum Ekonomi Dunia 2020 memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan berikutan AI sudah digunakan untuk mengautomasikan tugas dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pelanggan.

“Dalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang, 50 peratus pekerja perlu dilatih semula, dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0, wujud keperluan yang mendesak untuk kita mengubah tenaga kerja negara supaya menjadi tenaga kerja yang lebih mahir untuk kekal relevan.

“Namun, kita bernasib baik kerana pekerjaan yang baru muncul ini ialah pekerjaan yang boleh digabungkan dengan teknologi dan keperluan meningkatkan kemahiran bukan sahaja untuk kemajuan atau perubahan kerjaya, tetapi untuk kekal dalam pekerjaan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran dan Apresiasi Industry Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC) hari ini.

Berikutan itu, Sivakumar berkata kementeriannya menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mewujudkan ID-TAP yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri.

Untuk inisiatif tersebut, Sivakumar berkata sebanyak RM7.2 juta diperuntukkan bagi peserta yang merupakan mereka yang bekerja dan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh industri seperti mekatronik, kejuruteraan elektrik dan elektronik, analisis data serta teknologi maklumat.

“Sasaran kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja berdasarkan keperluan industri dalam memacu ekonomi negara.

“Antara kumpulan bakat yang disasarkan adalah pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja selama lima tahun dan ke bawah bagi meningkatkan kemahiran dan melatih semula para pekerja tersebut mengikut keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah memberi kelulusan kepada 627 peserta antaranya Kedah sebagai yang tertinggi iaitu 177, Selangor (88) dan Negeri Sembilan (75) yang akan dilatih di bawah program itu.

Sivakumar berkata mereka yang berminat mengikuti program tersebut boleh memohon menerusi industri ataupun syarikat dan pusat pembangunan kemahiran negeri serta perlu melalui beberapa proses di peringkat penyedia latihan. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending