Connect with us

Terkini

Wanita digalak jalani ujian mamogram, HPV DNA percuma

Golongan wanita digalakkan menjalani ujian pengesanan awal kanser payudara menerusi ujian mamogram dan kanser pangkal rahim melalui ujian HPV DNA percuma sehingga hujung tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita digalak jalani ujian mamogram, HPV DNA percuma
Foto: Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.
  • Golongan wanita digalakkan menjalani ujian pengesanan awal kanser payudara menerusi ujian mamogram dan kanser pangkal rahim melalui ujian HPV DNA percuma sehingga hujung tahun ini.
  • Program subsidi kedua-dua ujian yang disalurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) itu bertujuan memastikan pemeriksaan awal dapat dijalankan dengan segera.
  • Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya sentiasa berusaha mengurangkan statistik wanita tercicir daripda mendapatkan kedua-dua ujian pengesanan terbabit.

KEPALA BATAS: Golongan wanita digalakkan menjalani ujian pengesanan awal kanser payudara menerusi ujian mamogram dan kanser pangkal rahim melalui ujian HPV DNA percuma sehingga hujung tahun ini.

Program subsidi kedua-dua ujian yang disalurkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) itu bertujuan memastikan pemeriksaan awal dapat dijalankan dengan segera.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya sentiasa berusaha mengurangkan statistik wanita tercicir daripda mendapatkan kedua-dua ujian pengesanan terbabit.

“Kita amat berharap golongan wanita terutamanya yang berusia 40 tahun ke atas tidak melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan percuma ini.

“Bantuan ini adalah salah satu cara kita membantu kaum wanita supaya mereka lebih cepat tahu dan cepat bertindak sekiranya dikesan menghidap penyakit ini.

“Jangan dah sampai ke tahap empat baru tahu, nanti lebih susah untuk dirawat dan perbelanjaan perubatan juga akan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesejahteraan Wanita dan sambutan Hari Ibu 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Keluarga LPPKN Bertam, di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN, Hairil Fadzly Md. Akir berkata, Data Laporan Kanser Kebangsaan 2012-2016 merekodkan peratus kes yang dikesan pada tahap lewat iaitu tahap tiga dan empat menunjukkan peningkatan.

“Kita dapati peningkatan sebanyak 47.9 peratus berbanding 43.2 peratus daripada Laporan Kanser Kebangsaan 2007-2011.

“Trend ini sangat membimbangkan dan jika tiada langkah-langkah diambil untuk menggalakkan lebih ramai wanita terutama yang berisiko tinggi menjalani ujian saringan ini, dikhuatiri kadar kematian akibat kanser payudara akan meningkat,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending