Connect with us

Terkini

Tambahan caruman KWSP majikan akan dibincang jemaah menteri – PM

Jemaah Menteri dijangka membincangkan cadangan mengenai tambahan peratusan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus waktu ini.

Wartawan TMT

Published

on

Tambahan caruman KWSP majikan akan dibincang jemaah menteri – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Jemaah Menteri dijangka membincangkan cadangan mengenai tambahan peratusan caruman KWSP bahagian majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus waktu ini.
  • “Cadangan itu ada dibawa (dikemukakan), tapi belum dirujuk kepada Jemaah Menteri lagi.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Ia akan dibincangkan. Ini (cadangan) keputusan dasar, jadi, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan majikan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di sini, pada Isnin.

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri dijangka membincangkan cadangan mengenai tambahan peratusan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus waktu ini.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengesahkan bahawa cadangan itu pernah dikemukakan, namun, ia belum dirujuk kepada Jemaah Menteri.

“Cadangan itu ada dibawa (dikemukakan), tapi belum dirujuk kepada Jemaah Menteri lagi.

“Ia akan dibincangkan. Ini (cadangan) keputusan dasar, jadi, ia akan memberi kesan kepada kerajaan dan majikan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di sini, semalam.

Sebelum ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan untuk menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan daripada 13 peratus kepada 20 peratus.

Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dilaporkan berkata, cadangan itu adalah satu daripada 12 perkara yang dicadangkan UNI-MLC untuk kerajaan dan majikan untuk ditangani dengan kadar segera sebagai hadiah sempena Hari Pekerja 2023.

Menurutnya, kenaikan tersebut perlu bagi memastikan pekerja yang mahu bersara kelak mempunyai simpanan secukupnya mengikut keadaan semasa dalam KWSP mereka.

Antara perkara lain yang dikemukakan termasuk menggesa kerajaan, terutama Kementerian Sumber Manusia mengadakan dialog dengan semua pemegang taruh bagi semakan dasar dan undang-undang buruh di negara ini. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending