Connect with us

Terkini

Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti – Zahid Hamidi

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.

Wartawan TMT

Published

on

Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti – Zahid Hamidi
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\
  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia merupakan sasaran terbaharu, selepas sasaran 300 anak Orang Asli ke menara gading yang ditetapkan sebelum ini berjaya dicapai.
  • “Saya melihat potensi besar dalam kalangan Orang Asli, kita jangan meremehkan keberadaan mereka dalam masyarakat kita di Malaysia,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan di sini semalam.

KUALA LIPIS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia merupakan sasaran terbaharu, selepas sasaran 300 anak Orang Asli ke menara gading yang ditetapkan sebelum ini berjaya dicapai.

Katanya beliau yakin jumlah itu boleh dicapai berdasarkan potensi besar anak-anak Orang Asli serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan kerajaan.

Selain itu Ahmad Zahid berkata pihaknya turut bercadang memberi sagu hati RM1,000 menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) kepada setiap pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

“Saya melihat potensi besar dalam kalangan Orang Asli, kita jangan meremehkan keberadaan mereka dalam masyarakat kita di Malaysia,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Pahang di Laman Sejahtera Sungai Koyan di sini semalam.

Majlis dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO dan kepimpinan UMNO peringkat nasional serta negeri, selain dimeriahkan dengan kehadiran lebih 10,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain aspek pendidikan, Ahmad Zahid juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus menambah baik kemudahan infrastruktur di perkampungan Orang Asli termasuk kemudahan air dan elektrik serta perumahan menerusi peruntukan JAKOA dan KKDW.

Beliau yang juga Presiden UMNO turut memberi jaminan akan menjaga kebajikan seluruh masyarakat di desa.

“Mudah-mudahan dengan peruntukan RM11.08 bilion kepada KKDW, ia akan digunakan sebaiknya untuk membantu memajukan masyarakat desa,” katanya.

Dalam kunjungan ke Pahang hari ini, Ahmad Zahid turut melawat Pusat Tenun Pahang Diraja di Pos Betau di sini yang mempunyai empat penenun daripada beliawanis Orang Asli di situ yang menerima latihan di Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam di Pekan.

Selain itu, beliau juga melawat bangunan Transit Pesakit Orang Asli di pos sama yang diwujudkan bagi menempatkan pesakit dan ahli keluarga Orang Asli dengan bantuan kebajikan disediakan JAKOA manakala rawatan kesihatan dikendalikan Klinik Kesihatan Betau.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending