Terkini
Sarawak masih kekurangan guru
Sarawak masih menghadapi masalah kekurangan guru yang kini mencecah kira-kira 3,006 orang, dan jumlah ini makin bertambah kerana ramai guru yang akan bersara wajib.

- Sarawak masih menghadapi masalah kekurangan guru kini mencecah kira-kira 3,006 orang, dan jumlah ini makin bertambah kerana ramai guru akan bersara wajib.
- Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang berkata, antara mata pelajaran mengalami kekurangan guru yang kritikal ialah seperti subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani, Reka Bentuk dan Kemahiran Hidup serta guru prasekolah.
- “Kekurangan guru juga menimbulkan masalah beban tugas guru. Ini kerana ada kalangan guru khasnya di sekolah yang besar mengajar pelbagai subjek dan melebihi masa yang sepatutnya bagi menampung kekurangan masalah guru.
- “Apa yang lebih menyedihkan, ada dalam kalangan guru terpaksa mengajar subjek yang bukan jurusan mereka di samping tugas lain seperti di bidang kokurikukum, perkara inilah yang menjadikan guru amat terbeban,” katanya.
Kuching: Sarawak masih menghadapi masalah kekurangan guru yang kini mencecah kira-kira 3,006 orang, dan jumlah ini makin bertambah kerana ramai guru yang akan bersara wajib.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Kullin Djayang berkata, antara mata pelajaran yang mengalami kekurangan guru yang kritikal ialah seperti subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani, Reka Bentuk dan Kemahiran Hidup serta guru prasekolah.
“Kekurangan guru juga menimbulkan masalah beban tugas guru. Ini kerana ada kalangan guru khasnya di sekolah yang besar mengajar pelbagai subjek dan melebihi masa yang sepatutnya bagi menampung kekurangan masalah guru.
“Apa yang lebih menyedihkan, ada dalam kalangan guru terpaksa mengajar subjek yang bukan jurusan mereka di samping tugas lain seperti di bidang kokurikukum, perkara inilah yang menjadikan guru amat terbeban,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ini ditambah lagi dengan pengisian data secara dalam talian yang semakin banyak dalam keadaan capaian internet yang lemah terutamanya di kawasan pedalaman.
“Lantaran inilah trend memilih untuk bersara awal dalam kalangan guru semakin meningkat.
“Dengan semua permasalahan ini, STU berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah kekurangan guru ini,” katanya.
Katanya, antara perkara utama yang perlu diambil perhatian serius oleh KPM ialah mengutamakan pengambilan anak jati Sarawak untuk mengajar di negeri ini bagi mengurangkan perpindahan balik guru ke negeri asal mereka.
“Isu kekurangan guru di Sarawak adalah permasalahan utama sektor pendidikan di negeri ini. Ia adalah antara punca mengapa Sarawak agak ketinggalan dari segi pendidikan dari negeri lain di Malaysia.
“Banyak subjek utama dan penting tidak mempunyai guru yang mencukupi khasnya di sekolah rendah luar bandar dan pedalaman. Kekurangan guru bagi beberapa subjek juga banyak berlaku di sekolah menengah,” katanya.
Katanya, sejak pengambilan 18,702 guru secara one off oleh Menteri Pendidikan terdahulu iaitu Mohd Radzi Md Jidin, sehingga kini hanya 2,667 orang guru yang ditempatkan ke negeri Sarawak, termasuk 215 orang yang menolak atas alasan mereka sendiri.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas