Connect with us

Terkini

Polis panggil tiga saksi beri keterangan kes Maisarah

Polis sudah memanggil tiga saksi berkaitan kes perebutan hak jagaan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli sejak beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Polis panggil tiga saksi beri keterangan kes Maisarah
Foto: Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar.
  • Polis sudah memanggil tiga saksi berkaitan kes perebutan hak jagaan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli sejak beberapa hari lalu.
  • Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi lain bagi siasatan lanjut  kes yang didakwa berkaitan penderaan itu.
  • Sebelum ini pihaknya telah menerima laporan polis berkait seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun yang disyaki didera oleh bapa kandung dan ibu tiri pada 27 Mei lalu.
  • ”Ekoran itu polis telah mengambil keterangan tiga orang saksi berkaitan dan saksi lain turut akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

KUANTAN – Polis sudah memanggil tiga saksi berkaitan kes perebutan hak jagaan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, pihaknya akan memanggil beberapa lagi saksi lain bagi siasatan lanjut  kes yang didakwa berkaitan penderaan itu.

Sebelum ini pihaknya telah menerima laporan polis berkait seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun yang disyaki didera oleh bapa kandung dan ibu tiri pada 27 Mei lalu.

”Ekoran itu polis telah mengambil keterangan tiga orang saksi berkaitan dan saksi lain turut akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Azahari, mangsa kini berada di bawah jagaan bapa kandung atas perintah mahkamah.

Kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih berjalan.

Justeru polis meminta orang ramai agar orang ramai berhenti membuat spekulasi bagi mengelak kekeliruan dan boleh mengganggu siasatan.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending