Connect with us

Antarabangsa

Pembunuh bersiri transgender dilabel ‘wanita’ di Wikipedia cetus kecaman ramai

Pembunuh bersiri Finland yang menjadikan gadis dan wanita sebagai mangsa dikategorikan sebagai penjenayah ‘wanita’ di Wikipedia, sekaligus menimbulkan kecaman di media sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Pembunuh bersiri transgender dilabel ‘wanita’ di Wikipedia cetus kecaman ramai
Foto: Michael Maria Penttilä.
  • Pembunuh bersiri Finland yang menjadikan gadis dan wanita sebagai mangsa dikategorikan sebagai penjenayah ‘wanita’ di Wikipedia, sekaligus menimbulkan kecaman di media sosial.
  • Michael Maria Penttilä, 57, disifatkan media nasional sebagai “satu-satunya warga Finland yang memenuhi definisi pembunuh bersiri Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI),” yang mendera secara seksual dan mencekik mangsa wanita hingga mati, termasuk kanak-kanak.
  • Penttilä dilahirkan sebagai Jukka Torsten Lindholm tetapi juga dikenali sebagai Michael Pentholm.
  • Ramai wanita menyatakan kemarahan menggunakan hashtag “notourcrimes” (merujuk kenyataan ‘bukan jenayah kami’) sebagai bantahan.
  • Pada Julai 2019, kategori berlabel “pembunuh bersiri transgender” dipadamkan editor Wikipedia, namun kategori “pembunuh bersiri wanita” wujud dan Penttilä adalah salah seorang daripada dua entri di bahagian berkenaan penjenayah Finland.

Pembunuh bersiri Finland yang menjadikan gadis dan wanita sebagai mangsa dikategorikan sebagai penjenayah ‘wanita’ di Wikipedia, sekaligus menimbulkan kecaman di media sosial.

Michael Maria Penttilä, 57, disifatkan media nasional sebagai “satu-satunya warga Finland yang memenuhi definisi pembunuh bersiri Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI),” yang mendera secara seksual dan mencekik mangsa wanita hingga mati, termasuk kanak-kanak.

Penttilä dilahirkan sebagai Jukka Torsten Lindholm tetapi juga dikenali sebagai Michael Pentholm.

Foto: Michael Maria Penttilä.

Dia kini menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dengan kejam.

Penttilä yang mempunyai rekod jenayah panjang, menarik perhatian ramai selepas dia diklasifikasikan sebagai ‘wanita’ di Wikipedia.

Ramai wanita menyatakan kemarahan menggunakan hashtag “notourcrimes” (merujuk kenyataan ‘bukan jenayah kami’), sebagai bantahan terhadap keganasan (yang dilakukan) lelaki direkodkan dalam statistik sebagai (sesuatu) dilakukan seorang wanita.

Walaupun berulang kali menyasarkan wanita dan kanak-kanak perempuan bagi keganasan bermotifkan seksual, Penttilä kini disenaraikan sebagai ‘pembunuh bersiri wanita’ di Wikipedia, di mana editor berbahas sesama mereka mengenai klasifikasi itu.

“A serial murderer has zero rights – stop with the pathetic gender crap, HE is not a she,” (ditulis satu ulasan pada halaman suntingan artikel itu.)

Komen lain dapat dilihat dalam sejarah suntingan (wikipedia) dan ia menunjukkan betapa persoalan berbolak-balik mengenai “salah jantinanya” dengan seorang editor menyebut, “Orang ini dilahirkan sebagai lelaki. Manusia tidak boleh menukar jantina.”

Pada Julai 2019, kategori berlabel “pembunuh bersiri transgender” dipadamkan editor Wikipedia, namun kategori “pembunuh bersiri wanita” wujud dan Penttilä salah seorang daripada dua entri di bahagian berkenaan penjenayah Finland.

Sumber: Reduxx

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending