Connect with us

Ekonomi

Kadar inflasi disasar turun 2.8 – 3.3 peratus

Kerajaan menyasarkan kadar inflasi turun sehingga julat 2.8 peratus hingga 3.3 peratus untuk bulan-bulan akan datang.

Wartawan TMT

Published

on

Kadar inflasi disasar turun 2.8 - 3.3 peratus
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Kerajaan menyasarkan kadar inflasi turun sehingga julat 2.8 peratus hingga 3.3 peratus untuk bulan-bulan akan datang. 
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sejurus sasaran kadar inflasi itu tercapai, rakyat akan merasai tekanan kenaikan harga barang mula reda.
  • “Kita berharap dan positif ia (kadar inflasi) akan terus turun sedikit demi sedikit. Sasaran kita adalah di antara 2.8 hingga 3.3 peratus.
  • “Bila sudah sampai ke peringkat itu maksudnya itu tahap inflasi yang normal. Malah sebenarnya dianggap sihat dalam mana-mana ekonomi pun,” katanya kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Ekonomi di sini hari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan kadar inflasi turun sehingga julat 2.8 peratus hingga 3.3 peratus untuk bulan-bulan akan datang.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, sejurus sasaran kadar inflasi itu tercapai, rakyat akan merasai tekanan kenaikan harga barang mula reda.

“Kita berharap dan positif ia (kadar inflasi) akan terus turun sedikit demi sedikit. Sasaran kita adalah di antara 2.8 hingga 3.3 peratus.

“Bila sudah sampai ke peringkat itu maksudnya itu tahap inflasi yang normal. Malah sebenarnya dianggap sihat dalam mana-mana ekonomi pun,” katanya kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Ekonomi di sini hari ini.

Menyentuh mengenai kos sara hidup rakyat, Rafizi berkata Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diperkenal kerajaan adalah bersifat serampang dua mata.

Usaha itu adalah untuk membantu rakyat meraih pendapatan dan dalam masa yang sama memastikan bekalan keperluan harian rakyat sentiasa ada dalam pasaran.

“Melalui IPR, ia serampang dua mata juga untuk memastikan bekalan-bekalan mula ada. Jadi perkara ini bergerak seiring. Kadar inflasi pada keadaan yang sihat dan bekalan ditambah dalam pasaran.

“Sebab itu pada masa akan datang dari satu bulan ke satu bulan, saya ingat perkara ini (penurunan kos sara hidup) akan dapat mula dirasai oleh rakyat. Tapi memang memerlukan usaha bersepadu, dan kita kena tangani setiap satu komponen yang dikira mempengaruhi beban sara hidup rakyat,” jelasnya lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending