Connect with us

Terkini

Isu jual hotel TH terbukti fitnah – Mujahid

Isu penjualan harta milik orang Islam menerusi aset Tabung Haji (TH) seperti didakwa bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani terbukti adalah satu fitnah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Foto: Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (kiri) dan Ahmad Dusuki (kanan).
  • Isu penjualan harta milik orang Islam menerusi aset Tabung Haji (TH) seperti didakwa Ahmad Dusuki Abd Rani terbukti adalah satu fitnah.
  • “Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini 2 Mei 2023 tolak rayuan Dusuki yang kalah saman pada 14 September 2022 di Mahkamah Sesyen,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
  • “Isu saya jual hotel TH terbukti di dua mahkamah satu fitnah!,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter milik beliau hari ini.

KUALA LUMPUR – Isu penjualan harta milik orang Islam menerusi aset Tabung Haji (TH) seperti didakwa bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani terbukti adalah satu fitnah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak rayuan saman Ahmad Dusuki.

“Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini 2 Mei 2023 tolak rayuan Dusuki yang kalah saman pada 14 September 2022 di Mahkamah Sesyen.

“Isu saya jual hotel TH terbukti di dua mahkamah satu fitnah!

“Terima kasih peguam Norazmir, akhirnya TH terbela dari fitnah keji sesama Islam. Alhamdulillah,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter milik beliau hari ini.

Pada 20 Februari 2020, Ahmad Dusuki memberikan pandangannya berhubung penjualan aset TH dalam satu sesi ceramah yang dimuat naik di akaun YouTube milik beliau. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Mujahid Yusof Rawa

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *