Terkini
Hadapi monsun barat daya dengan enam cara – METmalaysia
Susulan laporan menyatakan Monsun Barat Daya akan berlaku bermula Isnin minggu hadapan hingga September ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METmalaysia) telah mengeluarkan saranan meminta orang ramai untuk bersedia menghadapi fenomena tersebut.
- Susulan laporan menyatakan Monsun Barat Daya akan berlaku bermula Isnin minggu hadapan hingga September ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METmalaysia) telah mengeluarkan saranan meminta orang ramai untuk bersedia menghadapi fenomena tersebut.
- Jabatan Meteorologi Malaysia (METmalaysia) menerusi kenyataan di Facebook semalam berkata, dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku kesan daripada pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.
Susulan laporan menyatakan Monsun Barat Daya akan berlaku bermula Isnin minggu hadapan hingga September ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METmalaysia) telah mengeluarkan saranan meminta orang ramai untuk bersedia menghadapi fenomena tersebut.
METmalaysia menerusi kenyataan di Facebook semalam berkata, dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku kesan daripada pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.
Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Sikap masyarakat yang suka membuang puntung rokok di kawasan terbuka perlu dihentikan bagi mengelakkan tercetusnya pembakaran terbuka.
Orang awam juga disaran untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh ini selain memperbanyakkan minum air.
Elakkan diri daripada melakukan aktiviti luar sekiranya tiada keperluan untuk melindungi diri daripada terkena strok haba.
Strok haba boleh terjadi apabila diri terdedah kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Di samping itu, orang ramai digalakkan memakai pelitup muka bagi melindungi daripada kesan langsung jerebu dan cuaca panas. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia