Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Ectolife: ‘Rahim’ buatan mampu hasilkan 30,000 bayi setahun

Ekosistem rahim buatan yang mampu ‘melahirkan’ 30,000 bayi setiap tahun itu merupakan idea Hashem Al-Ghaili, seorang ahli bioteknologi berasal dari Berlin, Jerman. 

Anis Tarmizi

Published

on

Ectolife: ‘Rahim’ buatan mampu hasilkan 30,000 bayi setahun
Foto: Ahli bioteknologi, Hashem Al-Ghaili.
  • Ekosistem rahim buatan yang mampu ‘melahirkan’ 30,000 bayi setiap tahun itu merupakan idea Hashem Al-Ghaili, seorang ahli bioteknologi berasal dari Berlin, Jerman. 
  • Ectolife ialah konsep yang membolehkan ibu bapa ‘mencipta’ bayi yang menggunakan rahim tiruan. 
  • Menurut portal Firstpost, ekosistem rahim buatan tu masih di peringkat konsep pada ketika ini. 
  • “Setiap konsep adalah 100 peratus berasaskan sains dan telah dicapai oleh saintis dan jurutera,” dakwa Al-Ghaili. 
  • Al-Ghaili percaya proses pembangunan sistem itu boleh direalisasikan dalam tempoh 10 tahun lagi atau apabila halangan etika sudah dihapuskan.

Ekosistem rahim buatan yang mampu ‘melahirkan’ 30,000 bayi setiap tahun itu merupakan idea Hashem Al-Ghaili, seorang ahli bioteknologi berasal dari Berlin, Jerman. 

Ectolife ialah konsep yang membolehkan ibu bapa ‘mencipta’ bayi menggunakan rahim tiruan. 

Menurut portal Firstpost, ekosistem rahim buatan itu masih di peringkat konsep pada ketika ini. 

Terdapat ‘pakej elit’ yang membolehkan ibu bapa memilih ketinggian, warna rambut, warna mata, kekuatan fizikal dan warna kulit bayi mereka.

“Setiap konsep adalah 100 peratus berasaskan sains dan telah dicapai oleh saintis dan jurutera,” dakwa Al-Ghaili. 

“Satu-satunya perkara yang tinggal ialah membina prototaip dengan menggabungkan semua ciri ke dalam satu peranti,” katanya

EctoLife akan dikuasakan sepenuhnya tenaga boleh diperbaharui dan mempunyai kapasiti 75 makmal dengan setiap makmal mengandungi 400 pod rahim buatan. 

Pod-pod ini akan dibina untuk menyerupai fungsi rahim semulajadi yang ada pada wanita.

Selain itu, setiap perkembangan bayi dapat dipantau ibu bapa menerusi tablet yang dipasang pada pod dan semua data dapat diakses melalui aplikasi telefon bimbit kelak. 

“Sistem berasaskan kecerdasan buatan juga memantau ciri fizikal bayi  dan melaporkan sebarang keabnormalan genetik yang berpotensi”, kata Al-Ghaili

Proses melahirkan dan mengeluarkan bayi daripada pod pertumbuhan juga dikatakan amat mudah dengan hanya menekan satu butang. 

Al-Ghaili berkata ekosistem itu adalah satu cara penyelesaian masalah kepada wanita yang membuang rahim mereka akibat komplikasi kesihatan dan membantu negara mengalami penurunan populasi seperti Korea Selatan, Bulgaria, Jepun dan lain-lain untuk menambah penduduk.

Dengan adanya konsep itu kelak, ia diharapkan dapat memudahkan pasangan yang tidak subur menjadi ibu bapa kepada anak kandung mereka sendiri. 

Al-Ghaili percaya proses pembangunan sistem itu boleh direalisasikan dalam tempoh 10 tahun lagi atau apabila halangan etika sudah dihapuskan.

Sumber: Firstpost

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Apa berlaku di Gaza ‘bukan genosid’ – Biden

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.
  • “Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.
  • Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin berusaha untuk meyakinkan pengundi Yahudi bahawa dia berdiri teguh dengan Israel, menyeru kekalahan Hamas dan mengecam dakwaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa pemimpin Israel bersalah atas jenayah perang untuk kempen mereka di Gaza.

“Apa yang berlaku bukan genosid (pembunuhan beramai-ramai). Kami menolaknya,” kata Biden dipetik Politico semasa berucap di Rose Garden di Rumah Putih, Washington.

Bersumpah untuk terus bekerja “sepanjang masa” untuk membebaskan saki baki tebusan Israel ditahan Hamas, Biden mengelak sebarang kritikan masa lalu terhadap rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk melancarkan pencerobohan berskala lebih besar ke atas Rafah, sebaliknya menekankan sokongan berterusannya terhadap rejim Israel.

“Saya akan sentiasa memastikan Israel mempunyai semua yang diperlukan untuk mempertahankan diri terhadap Hamas dan semua musuh mereka,” kata Biden yang turut menyatakan persetujuan pentadbirannya terhadap bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin tidak bersalah.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan (pemimpin Hamas) Yahya Sinwar dan seluruh penyembelih Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan, kami akan bekerjasama dengan Israel untuk mewujudkannya,” kata Presiden AS itu.

Ucapan menghormati Bulan Warisan Yahudi menandakan usaha yang jelas Biden untuk membaiki hubungannya yang semakin tegang dengan masyarakat Yahudi.

Selama berbulan-bulan, Biden dilaporkan bergelut untuk mengemudi politik domestik berduri dalam isu perang Israel-Hamas, menyinggung perasaan progresif atas sokongan teguh terhadap Netanyahu sebelum menimbulkan kemarahan Demokrat pro-Israel dengan menahan penghantaran bom ke Israel, yang menurutnya, hanya akan memburukkan lagi malapetaka kemanusiaan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending