Connect with us

Antarabangsa

China larang anjur majlis jamuan hari jadi

Lebih 30 tetamu yang hadir pada satu majlis jamuan hari jadi di sebuah restoran di Daerah Xiuwen, Guizhou, pada 16 Mei lalu, dihalau pihak berkuasa tempatan di China.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China larang anjur majlis jamuan hari jadi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 30 tetamu yang hadir pada satu majlis jamuan hari jadi di sebuah restoran di Daerah Xiuwen, Guizhou, pada 16 Mei lalu, dihalau pihak berkuasa tempatan di China.
  • Menurut laporan Central News Agency, pihak berkuasa bergegas ke majlis hari jadi itu yang dianjurkan seorang penduduk tempatan sebelum mengarahkan pengurus restoran menghentikan hidangan dengan segera.
  • Perkara itu berlaku ekoran Kerajaan China mempromosikan polisi yang ”mengubah tradisi dan adat resam” di kawasan luar bandar.
  • Menurut polisi baharu itu, pihak kerajaan hanya membenarkan penganjuran majlis jamuan ketika majlis perkahwinan dan pengebumian sahaja.

Lebih 30 tetamu yang hadir pada satu majlis jamuan hari jadi di sebuah restoran di Daerah Xiuwen, Guizhou, pada 16 Mei lalu, dihalau pihak berkuasa tempatan di China.

Menurut laporan Central News Agency, pihak berkuasa bergegas ke majlis hari jadi itu yang dianjurkan seorang penduduk tempatan sebelum mengarahkan pengurus restoran menghentikan hidangan dengan segera.

Perkara itu berlaku ekoran Kerajaan China mempromosikan polisi yang ”mengubah tradisi dan adat resam” di kawasan luar bandar. 

Menurut polisi baharu itu, pihak kerajaan hanya membenarkan penganjuran majlis jamuan ketika majlis perkahwinan dan pengebumian sahaja.

Menurut pegawai tempatan, majlis jamuan ketika pengebumian jenazah hanya dibenarkan berlangsung selama tiga hari, manakala majlis jamuan perkahwinan hanya dibenarkan berlangsung selama sehari.

Namun polisi baharu itu dilaporkan mendapat kritikan netizen.

Netizen berkata penganjuran majlis  jamuan ketika perkahwinan, sambutan bulan penuh bayi dan hari jadi orang tua adalah peristiwa yang menggembirakan dalam hidup, maka polisi kerajaan itu disifatkan sebagai berlebihan dan melanggar hak sivil rakyat.

Sumber: Central New Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *