Connect with us

Terkini

Bunuh, bakar kekasih hamil: Suspek akan disambung reman

Polis akan memohon sambungan reman ke atas suspek disyaki membunuh dan membakar wanita hamil empat bulan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar, kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau di sini, 23 Mei lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Bunuh, bakar kekasih hamil: Suspek akan disambung reman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis akan memohon sambungan reman ke atas suspek disyaki membunuh dan membakar wanita hamil empat bulan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar, kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau di sini, 23 Mei lalu.
  • Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, permohonan lanjutan reman ke atas lelaki berusia 29 tahun itu akan dibuat hari ini (Isnin).
  • “Lelaki itu sebelum ini direman selama enam hari (bermula 24 Mei) sehingga hari ini (Isnin). Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok pagi,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita berusia 21 tahun itu yang dipercayai dibunuh kekasihnya yang mahu merahsiakan kehamilan mangsa selepas mereka terlanjur.

Sungai Besar: Polis akan memohon sambungan reman ke atas suspek disyaki membunuh dan membakar wanita hamil empat bulan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar, kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau di sini, 23 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, permohonan lanjutan reman ke atas lelaki berusia 29 tahun itu akan dibuat esok (Isnin).

“Lelaki itu sebelum ini direman selama enam hari (bermula 24 Mei) sehingga esok (Isnin). Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor esok pagi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan kes itu.

Katanya, tindakan menyebar maklumat tidak sahih berhubung kes adalah tidak bertanggungjawab dan pihaknya tidak teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas mana-mana individu mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pendakwaan juga boleh dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita berusia 21 tahun itu yang dipercayai dibunuh kekasihnya yang mahu merahsiakan kehamilan mangsa selepas mereka terlanjur.

Advertisement

Kedua-duanya dikatakan sudah menjalin hubungan selama setahun. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending