Connect with us

Terkini

Badan Peguam lulus usul tidak percaya terhadap Peguam Negara

Badan Peguam Malaysia meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) hari ini, atas alasan gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Wartawan TMT

Published

on

Badan Peguam lulus usul tidak percaya terhadap Peguam Negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan Peguam Malaysia meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) semalam, atas alasan gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
  • Ia juga memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta.
  • “Jika gagal, Majlis Peguam akan menimbangkan dan, jika difikirkan sesuai, membawa prosiding menghina mahkamah atau mana-mana prosiding lain atau tindakan dalam mengesahkan resolusi ini,” kata usul terbabit.
  • Usul itu diluluskan melalui Resolusi Kebebasan Badan Kehakiman dan Menegakkan Kedaulatan Undang-Undang, di mana Badan Peguam mengesahkan komitmennya untuk mempertahankan kebebasan Badan Kehakiman dan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) hari ini, atas alasan gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ia juga memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman, dengan serta-merta.

“Jika gagal, Majlis Peguam akan menimbangkan dan, jika difikirkan sesuai, membawa prosiding menghina mahkamah atau mana-mana prosiding lain atau tindakan dalam mengesahkan resolusi ini,” kata usul terbabit.

Usul itu diluluskan melalui Resolusi Kebebasan Badan Kehakiman dan Menegakkan Kedaulatan Undang-Undang, di mana Badan Peguam mengesahkan komitmennya untuk mempertahankan kebebasan Badan Kehakiman dan kedaulatan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Melalui usul berkenaan yang boleh diakses melalui laman sesawangnya, Badan Peguam mengisytiharkan tidak mempunyai keyakinan terhadap Idrus kerana kegagalannya mempertahankan Badan Kehakiman daripada serangan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ia memetik serangan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang mendengar dan memutuskan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi.

Hakim itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, pada 28 Julai 2020.

Badan Peguam dalam resolusi itu menyatakan bahawa dakwaan konflik kepentingan terhadap Mohd Nazlan sudah diputuskan melalui dua panel berasingan Mahkamah Persekutuan tanpa penghakiman berbeza.

Badan Peguam juga mengutuk tindakan semua pihak yang merendah-rendahkan kebebasan Badan Kehakiman, menjejaskan pentadbiran keadilan dan melanggar kedaulatan undang-undang.

Ia selanjutnya menegur tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Bulan lalu, media melaporkan Azalina mengesahkan Mohd Nazlan melanggar kod etika dan mempunyai konflik kepentingan menerusi surat bertarikh 20 Mac lalu kepada peguambela, Shafee & Co.

Azalina berkata, ia berdasarkan salinan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Februari lalu yang dipanjangkan oleh agensi itu kepadanya.

Dalam usul berkenaan juga, Badan Peguam kesal dengan tindakan SPRM dalam membuat laporan itu, masa dan cara ia dikeluarkan dan kesimpulan terkandung di dalamnya yang bukan dalam bidang kuasa agensi siasatan terbabit.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending