Connect with us

Terkini

Pengiktirafan UEC tidak lagi relevan

Pengiktirafan kerajaan terhadap Unified Examination Certificate (UEC) tidak lagi relevan pada masa ini.

Wartawan TMT

Published

on

Pengiktirafan UEC tidak lagi relevan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perkara itu tidak lagi jadi kepentingan kepada komuniti Cina kerana pemegang sijil peperiksaan itu tidak pun akan memilih universiti awam untuk sambung pengajian masing-masing. – Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun
  • Apatah lagi katanya, universiti-universiti swasta tidak menghalang kemasukan pemegang sijil berkenaan atau mereka boleh mengikuti pengajian peringkat tinggi di luar negara.
  • “Realistiknya, tak banyak pemengang UEC yang mahu bekerja dengan sektor kerajaan. Jika mereka tidak pergi ke sektor kerajaan, jadi pengiktirafan kerajaan untuk UEC tidak penting langsung.”
  • “Saya sendiri pemegang UEC, saya tak pernah terfikir untuk bekerja dengan sektor kerajaan. Jadi pengiktirafan kerajaan terhadap UEC juga tidak relevan bagi saya,” katanya hari ini.

PUTRAJAYA: Pengiktirafan kerajaan terhadap Unified Examination Certificate (UEC) tidak lagi relevan pada masa ini.

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr. Oh Ei Sun berkata, perkara itu tidak lagi menjadi kepentingan kepada komuniti Cina kerana pemegang sijil peperiksaan itu tidak pun akan memilih universiti awam untuk menyambung pengajian masing-masing.

Apatah lagi katanya, universiti-universiti swasta tidak menghalang kemasukan pemegang sijil berkenaan atau mereka boleh mengikuti pengajian peringkat tinggi di luar negara.

“Realistiknya, tak banyak pemengang UEC yang mahu bekerja dengan sektor kerajaan. Jika mereka tidak pergi ke sektor kerajaan, jadi pengiktirafan kerajaan untuk UEC tidak penting langsung.

“Saya sendiri pemegang UEC, saya tak pernah terfikir untuk bekerja dengan sektor kerajaan. Jadi pengiktirafan kerajaan terhadap UEC juga tidak relevan bagi saya,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu Dewan Rakyat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Kerajaan Perpaduan tidak mengiktiraf UEC, sama seperti pendirian kerajaan sebelum ini.

Pendirian tersebut adalah berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].

UEC merupakan sistem yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Ei Sun berkata, ‘kerja keras’ DAP selama ini untuk kerajaan mengiktiraf UEC mungkin penting kepada sebahagian komuniti Cina sahaja.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, kaum itu sudah bijak kerana pertimbangan politik ketika ini adalah progresif Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan Perpaduan dianggotai PKR, DAP yang mendapat sokongan sepenuhnya kaum Cina, begitu juga UMNO walaupun selama ini mereka enggan berbuat demikian.

“Mereka tidak akan menyokong pembangkang kerana adanya Pas yang berteraskan teokrasi yang mana Cina menentangnya.

“Kalau ada pilihan antara Pas dan DAP, walaupun DAP tak mampu mengangkat pengiktirafan UEC, mereka tetap memilih Kerajaan Perpaduan kerana sebelah lagi ada Pas,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Malaysia desak Israel henti kekejaman terhadap rakyat Palestin, setuju pelan perdamaian – Anwar

Malaysia teguh dengan pendirian mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh (kanan).
  • Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas Khaled Mashal di Qatar.
  • Beliau berkata Malaysia juga akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam menghentikan serangan ke atas Rafah termasuk menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan di Gaza, khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.
  • “Malaysia menghargai kesediaan Hamas membebaskan tahanan khususnya kanak-kanak dan wanita serta menerima pelan damai dunia Arab, OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan masyarakat antarabangsa,” kata Anwar.
  • Semalam, Anwar yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari di Qatar bertemu dua pemimpin tertinggi kerajaan negara itu bagi membincangkan secara mendalam konflik Palestin-Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.

KUALA LUMPUR — Malaysia teguh dengan pendirian mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin, membebaskan semua tahanan rakyat Palestin dan bersetuju dengan pelan perdamaian, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu delegasi Hamas yang diketuai pimpinan utamanya Ismail Haniyeh dan bekas pengerusi Hamas Khaled Mashal di Qatar.

Beliau berkata Malaysia juga akan terus komited memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam menghentikan serangan ke atas Rafah termasuk menggerakkan ikhtiar yang lebih tangkas bagi membantu mangsa peperangan di Gaza, khususnya dalam aspek bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan.

“Sejak konflik meletus (hampir) lapan bulan yang lalu, ratusan ribu rakyat Palestin telah terkorban dan cedera dengan separuh dari bumi Gaza dilanda kemusnahan kekal kerana kekejaman rejim Zionis.

“Malaysia menghargai kesediaan Hamas membebaskan tahanan khususnya kanak-kanak dan wanita serta menerima pelan damai dunia Arab, OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan masyarakat antarabangsa,” kata Anwar.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.

Beliau turut menerima taklimat terkini situasi getir di Gaza dan Rafah yang semakin menggusarkan.

Semalam, Anwar yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari di Qatar bertemu dua pemimpin tertinggi kerajaan negara itu bagi membincangkan secara mendalam konflik Palestin- Israel dengan mengambil kira perkembangan terkini di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata kedua-dua negara bersetuju semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan warga Palestin.

Malaysia, merupakan antara negara yang lantang mengutuk kekejaman zionis dan menyokong usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Pertempuran antara Palestin dan rejim zionis, yang kini memasuki tempoh lebih tujuh bulan sejak 7 Okt tahun lepas, kian memuncak dengan pencerobohan terbaharu Israel ke atas Rafah, meragut lebih 35,000 nyawa rakyat Palestin sehingga kini.

Dalam pada itu, wartawan Bernama di QATAR melaporkan pertemuan antara Anwar dan

Haniyeh berlangsung lebih sejam.

Ini merupakan pertemuan kali pertama Anwar dengan Haniyeh sebagai Perdana Menteri Malaysia secara bersemuka.

Anwar pernah bertemu pemimpin tertinggi Hamas itu sebanyak dua kali iaitu pada 2020 ketika Haniyeh berkunjung ke Malaysia dan sebelum itu pada 2019. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending